Breaking

Thursday

Iklan Pembantu Rumah Yang Meragukan

Pendek saja tulisan kali ini. Malas betul nak menaip tapi gagahkan juga sebab baru tadi aku berlegar-legar di laman web majalah.com dan terjumpa pula satu posting menarik yang nak aku kongsikan dengan pembaca blog aku yang budiman.

Perhatikan betul-betul iklan pembantu rumah yang meragukan ini.

iklan pembantu rumah yang meragukan
Sumber imej : www.majalah.com

Ringkasnya, apa yang aku rasakan ialah, Ayu Siska merupakan maid yang menyamar. Bila seseorang menghubunginya akan diminta sedikit wang poket untuk dia datang ke tempat korang. Sudah jelas bahawa nombor telefon bukan kepunyaannya. Telah disahkan oleh Intan534. Manakala aku juga telah menghubungi nombor tersebut untuk bercakap dengan Ayu Siska tetapi orang yang menjawab panggilan tersebut mengatakan "salah nombor".

Jika anda melayari internet berkaitan pembantu rumah, berhati-hatilah dengan sebarang bentuk iklan pembantu rumah yang meragukan. Jangan mudah terpedaya.

So...awas ye!

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.