Breaking

Tuesday

Cara Membuat Permit Kerja Di Malaysia

Bekerja tanpa permit yang sah di mana-mana negara sekalipun adalah salah disisi undang-undang negara berkenaan. Kemungkinan atas faktor hukuman yang ringan yang dikenakan oleh sesebuah negara menyebabkan ramai yang tidak mengambil serius tentang hal ini.

Di negara-negara maju seperti USA dan UK juga tidak terlepas dari dibanjiri oleh imigran-imigran yang masuk bermula sebagai pelancong tetapi tidak mendaftar keluar setelah tempoh visa tamat. Bagaimana pula dengan Malaysia?

Malaysia tidak telepas dari masalah imigran ini yang kebanyakannya terdiri dari warga Indonesia, China, Bangladesh dan Nepal. Paling ramai ialah warga Indonesia mungkin kerana faktor bahasa yang memudahkan mereka bergaul dengan masyarakat setempat  bahkan ramai juga yang mempunyai saudara-mara di sini kerana sesetengahnya telah ada yang berkahwin dengan orang tempatan. 


Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa mereka boleh mendapatkan permit kerja yang sah sekiranya mereka berhasrat untuk bekerja di Malaysia. Cara membuat permit kerja di Malaysia tidaklah sesusah manapun cuma memerlukannya sedikit bayaran kepada pihak agensi. 

Apa yang perlu dilakukan ialah mereka yang berhasrat untuk bekerja di sektor pembantu rumah ialah berbincang dengan majikan yang ingin mengambil mereka bekerja. Majikan perlu mendapatkan khidmat syarikat agensi untuk membawa masuk pembantu rumah secara Calling Visa. Berbincanglah dengan syarikat agensi meminta mereka melakukan proses dokumentasi Calling Visa.

Katakan kepada mereka bahawa anda ingin membawa masuk maid ke Malaysia yang telah dikenalpasti identitinya. Sebenarnya kos membawa masuk maid ke Malaysia menjadi mahal kerana mereka telah memasukkan kos jaminan maid beserta bayaran pembelian biodata dari syarikat agensi di Indonesia.

Urusan yang perlu mereka lakukan diperingkat ini ialah penyediaan laporan perubatan dari klinik di Indonesia, urusan visa di konsulat Malaysia, urusan Imigresen Indonesia. Manakala di Malaysia pula mereka perlu mengajukan permohonan Calling Visa ke pihak Imigresen. Pihak syarikat agensi di Malaysia mempunyai rakan perniagaan dalam bidang yang sama di Indonesia. Rakan perniagaan mereka akan melakukan segala urusan yang berkaitan di Indonesia.

Jangan lupa pula ya, pembantu rumah tersebut mesti pulang ke Indonesia sebelum tamat tempoh visa pelancong 30 hari. Pembantu rumah perlu menunggu sekitar 2 bulan untuk masuk kembali melalui laluan Calling Visa.

1 comment:

  1. Macam mana nak mohon visa janda kepada warganegara sebab sya dah cuba sambung visa tpi tak lulus sedangkan sya ada 2org anak tpi bukan 1bukan warga negara 1lg lahir di indonesia tpi surat beranak indonesia di tulis warganegara malaysia skg 2org anak sya tinggal dgn bekas suami dan kamidah buat permohonan warga negara untuk anak tpi dlm proses blm ada keputusan ada apa2 cara tak untuk sya mebetap lama di malaysia sebb sya kna keluar masuk sebulan skali kerna sya kna naik mahkamah kes hak penjagaan anak ..mohon bantuan camne cara untuk sya menetap lebih lama tanpa perlu keluar masuk macam pelancong

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.