Breaking

Monday

Insurans Pembantu Rumah

Rasanya dah 2 bulan aku beli insurans pembantu rumah tapi baru 2 hari lepas terima polisi insurans dari pihak RHB secara pos. Tak mengapalah lambat asalkan perlindungan bermula dari tarikh pembelian polisi. Aku beli perlindungan insurans pembantu rumah aku di pejabat pos dan tiada sebarang masalah pun bila berurusan di kaunter. Apa yang aku bawa masa tu adalah kad pengenalan aku dan salinan, paspot bibik dan salinannya dan sudah tentu duit.

Aku ambil polisi yang paling murah iaitu RM60 dan kalau tak silap caj Pos Malaysia adalah RM10. Bayaran caj Pos Malaysia tu pun kiranya tak juga mahal. Boleh la...

Mari kita tengok apa yang kita dapat dari polisi tersebut untuk perlindungan selama setahun.


insurans pembantu rumah
Insurans Pembantu Rumah

Insurans Pembantu Rumah

Accidental death/Permanent Disablement = RM10,000
Medical Expenses = RM750
Hospital & Surgical Expenses = RM2,000
Weekly Hospital Income Benefit = RM110
Repatriation Benefit = RM3,500
Vicarious Liability = RM2,000
Termination Expense Benefit = RM250

Rasanya semua yang di atas mudah difahami kecuali Vicariuos Liability. Aku ringkaskan kenyataan yang disebut dalam polisi berkenaan perkara tersebut.

Syarikat akan membayar Pemegang Polisi untuk liabiliti perundangan Pihak Diinsuranskan di Malaysia kepada pihak ketiga termasuk semua kos dan perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Pihak Diinsuranskan sehingga had dinyatakan dalam Jadual untuk mana-mana kemalangan dan secara aggregate yang berlaku semasa Tempoh Insurans akibat kecuaian Pihak Diinsuranskan menyebabkan :

a) Kecederaan badan akibat kemalangan termasuk kematian atau penyakit kepada sesiapa selain daripada ahli isirumah Pemegang Polisi; dan

b) Kerugian akibat kemalangan atau kerosakan kepada harta milik sesiapa selain daripada ahli isirumah Pemegang Polisi.

Ahli isirumah Pemegang Polisi adalah ahli keluarga pemegang Polisi. Pemegang Polisi adalah majikan pembantu rumah manakala Pihak Diinsuranskan adalah pembantu rumah.

Kadangkala ayat-ayat insurans ini memang susah untuk difahami tapi sedikit-sebanyak boleh juga kita menangkap maksudnya. Vicarious Liability ini pada pemahaman aku sekiranya kita ada membuat kenduri kahwin di rumah dan dalam keadaan kelam-kabut si pembantu rumah yang sedang membawa air panas terjatuh dan akibat daripada itu air panas telah tersimbah ke badan seseorang, maka, pihak yang cedera boleh menuntut ke atas pembantu rumah sehingga had maksimum RM2,000 sepertimana jadual. Tuntutan adalah bentuk pembayaran terhadap kos rawatan pihak yang cedera.


Kesimpulannya memang amat disarankan untuk pihak majikan membeli insurans pembantu rumah kerana ia dapat membantu meringankan beban majikan sekiranya berlaku kes-kes diluar jangkaan. Bayangkan jika sewaktu perkhidmatan mereka, mereka menemui ajal dan keluarganya meminta jasad dibawa pulang ke kampung mereka, sudah tentu majikan menjadi berbelah-bagi memikirkan kos penghantaran pulang jenazah. Setidak-tidaknya insurans yang dinyatakan diatas memberikan bantuan RM3,500. Kemungkinan tidak cukup tetapi kemungkinan tidaklah banyak kita kena menambah.

Hanya dengan bermodalkan RM60 untuk insurans pembantu rumah, majikan dapat menjaga kebajikan pekerja. Anda juga boleh masukkan kos ini sebagai bonus kepada pembantu rumah dan beritahu pembantu rumah bahawa anda ada membuat bayaran-bayaran tambahan yang tidak mereka ketahui.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.