Pagi ni aku terdetik pulak nak buat posting ala santai. Nak cepat menaip sebenarnya, jadi tak perlulah bahasa berlapik sangat asalkan korang paham.
Sebenarya banyak sms yang aku terima berkenaan perkara ini, jadi aku pikir untuk buat satu posting lepas tu suruh korang refer aje la kat sini. Jimat sikit masa menaip sms yang panjang2. Bukan kedekut duit nak balas sms tapi sebenarnya nak menaip sms kena ambil masa sikit. Lepas tu masa nak balas pun kenalah ada waktunya, kekadang tengah drive...masuk sms, tengah emmm...emmm....masuk sms jugak. Tu yang kekadang balas sms lepas 3 hari sebab baru perasan ada sms pasal isu maid ni disebalik celahan sms kawan2 dan sedara-mara.
Satu topik pagi ni yang merunsingkan seorang pembaca berkenaan maid ingin pulang bercuti tetapi maid masuk dahulu sebagai pelancong tetapi telah dilegalisasikan dengan JP Visa dan permit seperti biasa pada tahun 2013.
Cuma beliau rasa sangsi jika permit telah renew untuk setahun lagi tapi disebabkan oleh maid dulu masuk secara JP Visa, takut nanti bila balik cuti di Indon, maid tak boleh keluar lagi dari Indonesia untuk kembali bekerja dengan majikan.
Saranan aku, jika sebelum ini maid masuk dengan JP Visa, sila buat proses legalisasi kontrak kerja di KBRI KL. Jika KBRI KL menolak permohonan legalisasi tersebut, maka, nasihatkan maid untuk tidak pulang bercuti. Beritahu maid akan masalah dia tidak akan dapat kembali bekerja dengan korang kerana kontrak kerja tidak di"endorse"kan oleh KBRI KL. Pihak yang memproses kad KTKLN di Indonesia memerlukan dokumen kontrak kerja yang telah diendorse oleh KBRI.
Saya ulangi :
Sebenarya banyak sms yang aku terima berkenaan perkara ini, jadi aku pikir untuk buat satu posting lepas tu suruh korang refer aje la kat sini. Jimat sikit masa menaip sms yang panjang2. Bukan kedekut duit nak balas sms tapi sebenarnya nak menaip sms kena ambil masa sikit. Lepas tu masa nak balas pun kenalah ada waktunya, kekadang tengah drive...masuk sms, tengah emmm...emmm....masuk sms jugak. Tu yang kekadang balas sms lepas 3 hari sebab baru perasan ada sms pasal isu maid ni disebalik celahan sms kawan2 dan sedara-mara.
Maid Masuk Dengan JP Visa
Cuma beliau rasa sangsi jika permit telah renew untuk setahun lagi tapi disebabkan oleh maid dulu masuk secara JP Visa, takut nanti bila balik cuti di Indon, maid tak boleh keluar lagi dari Indonesia untuk kembali bekerja dengan majikan.
Saranan aku, jika sebelum ini maid masuk dengan JP Visa, sila buat proses legalisasi kontrak kerja di KBRI KL. Jika KBRI KL menolak permohonan legalisasi tersebut, maka, nasihatkan maid untuk tidak pulang bercuti. Beritahu maid akan masalah dia tidak akan dapat kembali bekerja dengan korang kerana kontrak kerja tidak di"endorse"kan oleh KBRI KL. Pihak yang memproses kad KTKLN di Indonesia memerlukan dokumen kontrak kerja yang telah diendorse oleh KBRI.
Saya ulangi :
- nak balik kerja ke Malaysia perlu ada kad KTKLN.
- nak mohon kad KTKLN perlu ada kontrak kerja keluaran KBRI Kuala Lumpur dan ada cop pengesahan/kelulusan KBRI KL.
- nak dapat cop pengesahan/kelulusan KBRI KL ke atas kontrak kerja, perlu beli untuk maid insurans Malaysia dan insurans Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.