Sekiranya anda mengalami situasi maid melarikan diri sepertimana yang saya alami, maka, ikuti prosidur laporan berikut yang dipetik dari laman web Immigresen Malaysia.
Maid Ingin Bebas |
PRA boleh dikategorikan sebagai lari daripada majikan dalam keadaan berikut :
- PRA meninggalkan rumah majikan dengan membawa semua barangan peribadi PRA tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
- PRA tidak kembali ke rumah majikan pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal.
- Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan PRA lari daripada majikan.
- Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) PRA bagi kes lari:
- Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang melarikan diri.
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan pasport PRA yang melarikan diri
- Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
- Salinan laporan polis yang disahkan.
- PRA yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan.
- Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond mengikut warganegara yang telah ditandatangani semasa permohonan.
- Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap PRA seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi PRA yang telah melarikan diri daripada majikan.
- Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes PRA lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.
- majikan ingin mengambil maid yang baru
- maid melakukan jenayah di tempat lain dan sekiranya mereka tertangkap, sudah tentu pihak berkuasa akan mencari majikannya terlebih dahulu untuk sesi soal-siasat. Memanglah majikan tidak bersalah tetapi pihak majikan terpaksa meluangkan masa bertemu pihak berkuasa.
Dan akhir sekali, kalau boleh sila daftar maklumat maid yang melarikan diri di laman web Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA). Ini bertujuan agar bakal majikan yang lain dapat menyemak status maid mereka sekiranya mereka menggajikan maid tak sah taraf.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.