Breaking

Thursday

Kesesuaian Peringkat Umur Pembantu Rumah Dengan Bidang Kerja

Jangan pandang remeh akan perkara ini kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada pembantu rumah dan majikan. Ramai yang berpendapat peringkat umur pembantu rumah tiada kaitan dengan bidang tugas utama mereka.

Setiap pembantu rumah ada "preference" mereka, maksudnya bidang kerja yang mereka sukai ataupun yang mereka mahir. Tidak dinafikan juga ada syarikat agensi di Indonesia yang mengisikan borang biodata pembantu rumah lalu memberikan maklumat yang salah tentang preference.

  • Adakah kamu suka menjaga kanak-kanak? [YA]
  • Adakah kamu suka mengemas rumah? [YA]
  • Adakah kamu gemar memasak? [YA]
  • Adakah kamu boleh menjaga orang tua yang sakit? [YA]
Pendek kata, semua pun boleh. Tapi hakikatnya bila tiba di rumah majikan, hanya satu atau 2 perkara yang di atas sahaja yang mereka boleh/mahir lakukan. Agensi cuba meningkatkan tahap boleh-jual biodata pembantu rumah. Kita sebagai bakal majikan tidak berpeluang menemuduga bakal pekerja kita. Pernah saya bertanya pembantu rumah saya samada mereka tahu apakah yang diisi dalam borang biodata, jawapan beliau ialah "saya enggak tahu tuan". Lebih memeranjatkan beliau ialah agensi menjawab untuk mereka untuk soalan "Adakah kamu bisa memegang/memasak babi?  [YA]".

Kesesuaian Peringkat Umur Pembantu Rumah Dengan Bidang Kerja



peringkat umur pembantu rumah dan bidang kerja
Peringkat Umur Pembantu Rumah

Jadi, apakah peringkat umur maid yang sesuai dengan anda? Terlalu subjektif perkara ini kerana ianya bergantung kepada situasi berikut :
  • saiz rumah
  • jenis rumah - banglo, semi-d, teres setingkat, teres 2 tingkat, kondo
  • bilangan anak dan umur
  • tahap sakit orang tua
Kalau inginkan rumah sentiasa kemas, dapatkan maid yang muda umurnya supaya dapat melakukan kerja-kerja yang agak berat. Jangan ambil yang tua, nanti buat kerja sikit dah sakit satu badan. Alamatnya terpaksa direhatkan berhari-hari mengalahkan MC majikan pulak. Maid yang terlalu muda tidak begitu mesra dengan anak-anak yang masih kecil, mudah hilang sabar. Peringkat umur maid begini sesuai jika ada ibubapa majikan yang tinggal bersama majikan dan mereka dapat memantau sikap maid tersebut.

Sekiranya ingin menjaga orang tua yang sakit, eloklah ambil maid berusia di peringkat pertengahan. Mereka lebih matang dan sabar melayan kerenah orang tua. Bukan mudah melayan orang tua, tambah-tambah lagi jika mereka telah mula nyanyuk.


Manakala jika inginkan maid memberikan fokus kepada anak-anak anda yang masih kecil, elok rasanya ambil maid yang tua. Mereka akan menganggap anak-anak anda umpama cucu mereka. Harus diingat, maid berkahwin di usia muda di Indon dan ramai yang telahpun bercucu pada usia 38 tahun. Saya kebiasaannya akan memilih maid yang berusia 35 tahun ke atas dan memang tidak ada masalah langsung akan perkara berkaitan penjagaan anak-anak saya. 

Empat orang maid saya berusia lebih 35 tahun dan yang sekarang ini pun berusia 44 tahun. Dari pengalaman sendiri, 2 orang maid saya yang berusia awal 30-an lari dari rumah saya selepas 19 hari dan yang seorang lagi tak mahu bekerja selepas 3 hari tiba di rumah saya. Garang sangatkah saya hinggakan dia nak berhenti hanya selepas 3/19 hari memulakan tugas. Sejujurnya, saya belum pun sempat lagi nak marah dia.

Jadi saya sarankanlah jika anda mementingkan anak-anak terutamanya dari segi aspek keselamatan, pilihlah yang tua. Kena faham bahawa anda mungkin tidak akan dapat maid yang sempurna, bagus dalam menjaga anak-anak dan hebat dalam membuat kerja rumah. Maid saya pun bukannya bagus dalam melakukan kerja rumah. Saya pejam sebelah mata aje. Tapi asalkan dia jaga kebajikan dan keselamatan anak-anak saya, maka, itu sudah lebih dari memadai. Saya tetapkan pendirian untuk tidak cerewet dalam hal berkaitan kualiti kerja rumah TAPI cerewat dari aspek penjagaan anak-anak saya.

Saya katakan pada maid saya, "jika kerana anak-anak saya, kamu tidak dapat buat kerja mengemas rumah, tidak mengapa, lakukan kerja mengemas rumah pada hari Sabtu/Ahad dimana saya boleh menjaga anak-anak saya pada waktu itu".

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.