Breaking

Thursday

Kos Pembantu Rumah

Laman web ini baru sahaja melalui proses naik-taraf dari segi persembaham sehari selepas pelancaran Goods and Services Tax (GST). Tiada kena-mengena dengan GST cuma berpeluang meminda konfigurasi secara besar-besaran yang telah lama difikirkan.

Dengan kelahiran GST, maka, semakin tinggilah kos pembantu rumah. Berapa tinggi kosnya? Itu belum dapat dipastikan lagi. Sekiranya ada pembaca yang sudi berkongsi pengalaman di sini, silalah kemukakan di ruangan komen.

Antara alasan agensi menaikkan harga :

  • Kos faks
  • Kos telefon
  • Kos servis permohonan permit
  • Kos servis permohonan visa
  • Kos servis permohonan FOMEMA
  • Kos kenaikan tambang kapalterbang/feri/bas
  • Kos sewa
Item-item di atas adalah kemungkinan sahaja, mungkin tidak sampai ke tahap tersebut. Kita sebagai pengguna kena memantau perkara ini dan laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kenaikan yang tidak munasabah.

Sejak JP Visa dimansuhkan kos pembantu rumah telah meningkat secara mendadak. Kini jumlahnya telah mencecah lebih RM13,000 (TIGA BELAS RIBU RINGGIT). "WOW! Meniaga manusia lagi bagus dari meniaga unta." - petikan dari filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee.

Itu yang aku tanya-tanya la, kalau anda tahu ada syarikat agensi berdaftar yang boleh bagi sebutharga bawah RM10,000 bolehlah kongsikan disini. Bukan apa, kita menolong sesama insan. Nilai 13K itu agak besar dan berbaloikah jika :
  • maid lari dari majikan
  • maid malas bekerja
  • maid tak pandai buat kerja
  • maid selalu sakit samada memang sakit atau buat-buat sakit

Memanglah pihak agensi bertanggungjawab menggantikan maid jika berlaku kes-kes di atas tetapi berapa cepat majikan akan dapat maid yang baru?

stress pasal maid
Stress Aku Pasal Maid Ni...
Inilah masalah yang seringkali dihadapi oleh majikan. Stress betol bila terjadinya kes sebegini. Dulu, aku pun pernah menghadapi kes yang sama bilamana maid aku lari, "ana tunggu punya tunggu punya tunggu", habuk pun tarak ganti. Ejen freelance tu boleh pulak siap kata "saya pun dah banyak kena tipu dengan ejen Indon. Nanti bila ejen Indon bayar duit saya, saya bayarla kat Encik." Eh..eh..sedapnya korang berbisnes. Aku pun boleh buat bisnes kalau cara macam gini.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.