Breaking

Wednesday

Pembantu Rumah Semakin Demand

Pembantu rumah semakin demand sekarang ini dengan berterus-terang inginkan telefon bersama mereka dan cuti sehari dalam seminggu.

Adakah anda tak kisah?

Saya masih ingat lagi sewaktu saya mengambil maid dari agency pembantu rumah sekitar 12 tahun yang lalu sememangnya handphone tidak dibenarkan sama-sekali dipegang oleh maid. Agensi menyimpan telefon mereka dan hanya menyerahkan kepada mereka ketika tamat tempoh kontrak 2 tahun.
pembantu rumah mahu telefon

Kebaikan maid dilarang menyimpan handphone

Antara lain ini bertujuan untuk mengawal komunikasi maid dengan pihak luar yang boleh merugikan majikan seperti menghubungi saudara-mara mereka yang telah berada di Malaysia. Sekiranya mereka berhasrat untuk lari, tentu mudah untuk mereka melakukannya. Walau bagaimanapun, maid mesti dibenarkan menelefon pihak agensi pada bila-bila masa menggunakan telefon majikan atas keizinan majikan.

Keburukan maid dilarang menyimpan handphone

Sekiranya berlaku penderaan terhadap maid, memang susah untuk maid mengadu ke agensi. Perkara inilah yang amat kita takuti kerana terdapat juga sesetengah majikan yang bersikap tidak bertimbangrasa dalam memberikan layanan terhadap pembantu rumah. Pembantu rumah bukanlah hamba abdi yang boleh diperlakukan sedemikian rupa. Mereka juga punya hati dan perasaan tambahan pula terpisah dari keluarga untuk tempoh yang lama.

Jadi bagaimana dengan pendapat anda?

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.