Breaking

Monday

Pemulangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Secara Sukarela

Barulah saya tahu kos sebenar bagi kompaun ke atas PATI. Denda tinggal lebih masa tak mahal rupanya cuma RM30 sehari sebagai PATI dengan jumlah maksima RM3,000 sahaja. Satu jumlah kompaun yang agak rendah.

Ayuh kita kira bagaimana PATI dapat memanfaatkan kompaun ini.

Sehari sebagai PATI =>  RM30

Berapa harikah untuk jumlah RM3000? Kiraannya ialah RM3000 / 30 = 100 hari.

Oleh yang demikian untuk PATI merasakan berbaloi membayar RM3000 mereka mestilah tinggal di Malaysia sebagai PATI melebihi 100 hari. Lebih elok tinggal selama 1 tahun kerana kompaun tidak dikenakan untuk baki 265 hari (365 - 100).





Bukanlah saya bermaksud untuk menggalakkan PATI tinggal lebih lama di Malaysia cuma secara logik matematik begitulah kiraannya.

Nasihat saya kepada PATI, jagalah tatasusila sewaktu berada di Malaysia. Bekerja dengan baik, jujur dan ikhlas. Masalah PATI ini sebenarnya berlaku di setiap negara bahkan mungkin juga di Indonesia ada PATI Malaysia di sana.

Pada bulan Jun 2015 pihak kerajaan Malaysia telah melanjutkan program pemulangan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara sukarela sehingga hujung tahun 2015. Sila rujuk kenyataan dari pihak KBRI di atas. Program pemulangan pendatang asing tanpa izin secara sukarela ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah PATI yang berada di Malaysia. Jika ingin menyelesaikan isu PATI 100% rasanya tidak mungkin kerana faktor geografi antara Malaysia dan Indonesia yang hanya dipisahkan oleh Selat Melaka yang dekat jaraknya. Tambahan pula, jujuran pantai yang panjang dari Perlis hingga ke Johor memudahkan PATI mendarat di pantai-pantai sebelah barat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.