Kecoh diperdebatkan di media massa berkenaan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh untuk mengisi kekosongan jawatan di sektor pembuatan, binaan, perladangan dan sebagainya. Kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh dalam masa 3 tahun akan menimbulkan persoalan apakah tiada lagi penduduk tempatan yang berkelayakan mengisi tempat pekerja asing?
__________________________________________________
Sinar Harian 14/2/2016

Pengambilan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Perlu Telus
SHAH ALAM - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mahu kerajaan menyelesaikan masalah pekerja asing tanpa izin sedia ada sebelum membawa pekerja Bangladesh ke negara ini. FMM dalam satu kenyataan semalam berkata, ini bagi mengelakkan kemasukan sejumlah besar pekerja dari Bangladesh menambah masalah pekerja tanpa izin di negara ini.
“Pengilang tidak pernah secara spesifik memohon pekerja Bangladesh. Bagaimanapun, tambahan negara sumber yang baru dialu-alukan kerana majikan berdepan pelbagai cabaran untuk mengambil pekerja asing dari beberapa negara sumber sedia ada seperti Nepal, Myanmar dan Indonesia,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, FMM mencadangkan agar proses pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh dibuat secara telus dan efisien. Katanya, industri itu tidak mahu lagi menjadi mangsa dengan menerima pekerja yang tidak memiliki kemahiran diperlukan.
Sebelum ini, pekerja asing dibawa masuk oleh syarikat pembekal yang diluluskan tanpa jaminan pekerjaan sehingga nasib mereka berakhir sebagai pekerja tanpa izin. Syarikat pembekal juga terdesak mendapatkan pekerjaan untuk mereka dan menawarkan kepada mana-mana majikan yang memerlukan pekerja.
“Pengilang tidak mahu menjadi mangsa dengan mengambil pekerja yang pada mulanya tidak mahu bekerja dalam sektor pengilangan dan tidak memiliki kemahiran diperlukan untuk bekerja dalam sektor pengilangan,” katanya.
FMM juga menggesa agar pengambilan pekerja tidak melalui ejen atau syarikat pembekal sebaliknya mencadangkan agar majikan terlibat dalam proses pengambilan pekerja.
“FMM berharap majikan dilibatkan secara terus dalam pengambilan pekerja dan diberikan hak untuk memilih dan menemu duga pekerja berdasarkan proses yang sebenar,” katanya
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengambilan-1-5-juta-pekerja-bangladesh-perlu-telus-1.484938

Sumber Imej : Sinar Harian Online |

Ulasan : KDN Putrajaya Merancang Membawa Masuk 1.5 Juta Pekerja Bangladesh
Memang benar saranan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) yang mahukan kerajaan menyelesaikan masalah sedia-ada pekerja asing tanpa izin. Bermula bulan Feb 2016 sehingga Dec 2016, program melegalisasi PATI sedang dilakukan. Ini satu mekanisme pemutihan yang baik dimana kerajaan akan dapat mengawal kebanjiran PATI yang bekerja di Malaysia tetapi kerajaan tidak mendapat pulangan dari kewujudan mereka di sini. Sekiranya didaftarkan, bayaran levi sehingga RM2000-RM3000 dapat dikenakan ke atas mereka. Kerajaan juga dapat mengetahui dengan jelas berapa ramaikah warga asing yang bekerja di sini.
Ketelusan dalam membekalkan pekerja asing sememangnya dituntut oleh FMM kerana seringkali mereka menerima pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang mereka perlukan. Berbaloikah mereka membayar sejumlah wang yang besar sedangkan pekerja yang mereka perolehi tidak mampu bekerja dengan baik di sektor yang tertentu.
Penglibatan FMM dalam pemilihan pekerja merupakan satu cara terbaik dalam memastikan setiap wang dikeluarkan adalah berbaloi. Terdapat juga masalah di sini kerana jika mereka terlibat dalam proses menemuduga pekerja di negara sumber, sudah tentulah proses pengambilan menjadi lebih panjang.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.