Berita baik buat semua pendatang asing tanpa izin (PATI) berikutan perlaksanaan program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin yang juga dipanggil program rehiring. Bermula pada bulan ini sehingga hujung tahun 2016. Ikut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri.
KENYATAAN MEDIA
PELAKSANAAN PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA
PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) (PROGRAM REHIRING)
13 FEBRUARI 2016
1. Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Program Rehiring akan dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 hingga 31 Disember 2016.
2. Program Rehiring adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan. Selain itu, Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.
3. Program Rehiring akan dilakukan secara atas talian dimana sepanjang tempoh tiga bulan pertama, ianya akan dinilai dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemaskini demi memastikan kelancaran pelaksanaan Program tersebut bagi tempoh seterusnya.
4. Program Rehiring akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk menyertai Program Rehiring serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke Negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.
5. Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar dibawah Program Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI.
6. Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, mempunyai Majikan yang berkaitan serta bebas daripada sebarang rekod jenayah. Selain itu, pelaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor yang dibenarkan sahaja serta tidak termasuk sektor luar dasar atau sektor yang dibekukan oleh Kerajaan.
7. Permohonan bagi Program Rehiring oleh Majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci Program turut boleh diperolehi di laman web yang sama.
8. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 - 8880 1555.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
13 Februari 2016
Adakah pelarian Myanmar termasuk? Bekerja dan kad UN?
ReplyDeleteBila tarikh akhir sebenarnya? Saya baru dimaklumkan tarikh akhir 30 Jun 16, betulke?
ReplyDeleteBila tarikh akhir sebenarnya? Saya baru dimaklumkan tarikh akhir 30 Jun 16, betulke?
ReplyDeleteAdakah pelarian Myanmar termasuk? Bekerja dan kad UN?
ReplyDelete