Breaking

Thursday

Trafik Blog Isupembanturumah Membanggakan

Diam tak diam jumlah views terhadap blog ini isupembanturumah telah mencecah 200,000 (dua ratus ribu). Tujuan blog ini dibangunkan adalah sekadar berkongsi pengalaman saya berkaitan pembantu rumah.

Ianya banyak mengupas mengenai tips-tips pengendalian pembantu rumah dan tidak kurang juga topik-topik berkaitan prosidur renew permit dan pengambilan pembantu rumah.



Cuma pada ketika ini, pengambilan pembantu rumah yang diuruskan oleh majikan sendiri dari segi urusan dokumentasi telah tidak lagi boleh diguna-pakai kerana pihak kerajaan Malaysia telah memansuhkan Journey Performed Visa. Namun begitu, posting berkenaan masih dikekalkan dalam blog ini sebagai sebuah catatan arkib.

Sekiranya anda ingin tahu apakah itu Journey Performed Visa, anda disarankan untuk membaca tajuk posting Beza Calling Visa dan Journey Performed Visa.

Dari segi populariti, tajuk Prosidur Pembantu Rumah Pulang Bercuti paling ramai yang membacanya kerana pada suatu masa dahulu, pihak pemerintah Indonesia memperkenalkan Kartu Tenaga Kerja Luar Negara (KTKLN) di mana setiap rakyatnya dikehendaki mempunyai KTKLN di pintu keluar negara. Kegagalan menunjukkan KTKLN akan menyebabkan pembantu rumah tidak dapat kembali ke Malaysia.

Tetapi kini, ia tidak lagi diperlukan setelah dimansuhkan oleh Presiden Indonesia, Bapak Jokowi.

Semoga blog ini terus makmur dan berkhidmat untuk memberikan sedikit-sebanyak panduan berkaitan pembantu rumah.


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thank you...info sangat useful. Saya memang tertanya2 sama ada perlu uruskan dokumentasi untuk update kad KTKLN. Yang ada dah expire sbb maid pulang 2 tahun lalu dan kad KTKLN cuma laku 1 tahun. Tapi nak tanya juga untuk maid ibu saya yang masuk melalui JP visa 3 tahun lepas nak balik bercuti sebulan. Rasanya nanti problem tak nak masuk semula? Risau...serasi sangat maid dengan ibu saya. Mohon advice. Terima kasih atas pandangan tuan/puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak Jokowi dah mansuhkan so tak perlulah KTKLN. nasihat saya buat sahaja surat kebenaran bercuti dan berikan pada maid.

      Delete
  4. Pembantu rumah indonesia siap bekerja kadar segera good training maid dan good service sila contact whatsapp ms ina +62 856-5888-4569

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.