Breaking

Monday

Indonesia Menghentikan Penghantaran Pembantu Rumah

Kerajaan Indonesia diberitakan akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia. Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno dilaporkan sebagai berkata, Jakarta tidak akan menghantar rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di negara asing, termasuk Malaysia mulai tahun depan.

Apakah kesan negatif sekiranya Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara asing?
Umum tentu tahu mengenai faktor geografi Indonesia-Malaysia yang hanya dipisahkan oleh Laut Selat Melaka yang mengambil masa hanya kurang dari 2 jam perjalanan dengan menaiki feri. Keadaan ini membolehkan rakyat Indonesia menyeberang dengan mudah ke daerah-daerah terpencil di pesisiran pantai barat Semenanjung Malaysia. Jika ini berlaku secara berleluasa akan terjadinya lambakan pendatang tanpa izin terutamanya dalam sektor pembantu rumah dan perladangan. Dua sektor ini yang amat sukar untuk pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan kerana pembantu rumah sentiasa tinggal di kediaman majikan manakala di sektor perladangan pula, kebiasaannya ladang-ladang berada jauh dari bandar menyukarkan pihak berkuasa menjejak PATI.

Langkah-langkah perlu untuk menangani isu ini
Pihak kerajaan kedua-dua belah pihak perlu berunding untuk membolehkan kata sepakat dicapai di antara kedua-dua belah pihak dalam situasi menang-menang. Akan timbul banyak masalah berkaitan PATI sekiranya kemasukan pembantu rumah secara sah disekat oleh kerajaan Indonesia.

Ikuti laporan dari freemalaysiatoday.com terbitan 19/5/2016 berkaitan hal ini.
_______________________________________________________

Indonesia digesa timbang semula isu pembantu rumah

GOMBAK: Jakarta digesa mempertimbangkan semula keputusan untuk menghentikan penghantaran pembantu rumahnya ke negara ini.

Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerajaan Malaysia sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan pembantu rumah warga Indonesia mengikut piawaian ditetapkan Jakarta.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia akan meneliti secara mendalam isu yang dibangkitkan Indonesia sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kabinet bagi Pekerja Asing itu berkata, beliau akan mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkembangan itu serta menjemput Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Hanif Dhakiri ke Malaysia untuk mengadakan rundingan lanjut.

“Saya percaya masih banyak ruang untuk membincangkan perkara ini. Mungkin isu gaji minimum yang diminta masih boleh dibincangkan memandangkan ia berada di luar daripada persetujuan awal yang dilakukan sebelum ini.

“Tentunya banyak ruang yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan Indonesia untuk memperincikan perkara itu (soal penetapan gaji),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara UIAM hari ini.

Semalam, Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno dilaporkan sebagai berkata, Jakarta tidak akan menghantar rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di negara asing, termasuk Malaysia mulai tahun depan.

Bagaimanapun, pembantu rumah Indonesia yang sedang bekerja di negara asing ketika ini dibenarkan berbuat demikian, jika perkhidmatan mereka dilanjutkan majikan masing-masing.

Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM2 juta kepada Rapat Alumni Nusantara bagi pembangunan penyelidikan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, peruntukan tersebut akan dikendalikan UIAM bertujuan memperkukuhkan hubungan berlandaskan budaya, bahasa dan rumpun bangsa yang boleh diterjemahkan melalui gabungan alumni.

Malah katanya, peruntukan itu akan ditambah pada masa akan datang sekiranya kedudukan ekonomi negara pulih.


No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.