Breaking

Thursday

Kerenah Pembantu Rumah Tempatan

Sempat saya berbual dengan seorang majikan yang menggaji seorang pembantu rumah tempatan. Ini komen dia...

  • bangun pagi saya kejutkan
  • makanan anak-anak, saya masakkan
  • banyak main handphone
  • pandai berfacebook
  • pandai berwhatsapp

5 faktor di atas memang memeningkan majikan. Hasrat untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan peluang pekerjaan telah dimusnahkan oleh sikap pembantu rumah tempatan itu sendiri. Ini memberi imej buruk kepada mana-mana wanita tempatan yang ingin berkerja sebagai pembantu rumah dengan penuh kejujuran dan dedikasi.

Di zaman celik IT ini, kemahiran menggunakan instrumen media sosial banyak mempengaruhi sikap pembantu rumah tempatan. Kalau anda menggaji mereka yang telah berusia, contohnya 45 tahun ke atas, sudah tentu masalah yang ditimbulkan dari media sosial tidak wujud. Masalahnya, sukar mencari lingkungan umur sebegitu. Akhirnya majikan terpaksa mengambil yang muda dan seterusnya timbullah pelbagai kerenah yang memeningkan kepala majikan.

Nampak macam terlalu beruntung memiliki pembantu rumah tempatan di rumah tetapi hakikatnya ...ehmm...rugiiiii.

Dimanakah keburukannya mengambil pembantu rumah tempatan? Saya pernah berkongsi pandangan saya berkenaan hal ini di posting Pembantu Rumah Tempatan.

Oleh yang demikian, fikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil pembantu rumah tempatan. Sebaiknya, rumah majikan mempunyai orang dewasa sepanjang masa seperti ibu atau ayah yang dapat memantau gelagat mereka.

Terkini : Khidmat pembantu rumah tempatan kini ditawarkan oleh pihak My Local Maid. 


No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.