Breaking

Saturday

Perlaksanaan e-KTKLN Sebagai Ganti KTKLN


Kelam-kabut dibuatnya para majikan di Malaysia yang telah menggaji pembantu rumah sejak beberapa tahun yang lalu dan bila maid ingin pulang bercuti, mulalah majikan mencari-cari di internet apakah prosidurnya untuk maid pulang bercuti. 

Kini KTKLN telah dihapuskan kerana banyak aduan dari maid tentang berlakunya tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pegawai di Indonesia yang melakukan "pemerasan" ke atas maid sedangkan KTKLN itu sendiri adalah percuma atau gratis.

Baca mengenai posting pemansuhan KTKLN di sini.

Perlaksanaan e-KTKLN sebagai ganti KTKLN akan dapat menghapuskan gejala meminta-minta oleh pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas maid. Kaedah verifikasi maid melalui e-KTKLN adalah menerusi sistem biometrik yang dapat menjamin ketulenan maid yang sebenar.


alat biometrik eKTKLN
Imej Dari : http://www.kindo.hk/blog/?e=1454
Saya difahamkan oleh seorang pembaca blog saya yang tetap menyediakan dokumen sepertimana proses yang saya terangkan di post Prosidur Pembantu Rumah Pulang Bercuti.

Sewaktu tiba di kampong, maid beliau telah berurusan dengan pihak disana untuk e-KTKLN. Ia adalah PERCUMA. Dengan adanya e-KTKLN, maid beliau telah berjaya pulang ke Malaysia dengan aman. 

Jadi untuk mengelakkan masalah di Indonesia, sebaiknya ikuti apa yang disarankan di posting prosidur pembantu rumah pulang bercuti. Memang memenatkan majikan di Malaysia tapi dapat menghindari masalah ketika maid mahu pulang ke Malaysia. Perlu diingat, maid ramai yang hanya berkelulusan sekolah rendah atau mungkin tidak bersekolah langsung, jadi mereka amat khuatir dan mudah keliru sekiranya pihak berwajib di Indonesia bertanyakan bermacam perkara berkaitan urusan e-KTKLN. Kita sebagai majikan perlulah bertindak lebih pro-aktif dalam melicinkan urusan permohonan e-KTKLN maid tersebut.

5 comments:

  1. Saya hanya hairan apa bezanya ktktl dan e-ktkln ? Apa yang saya tahu, maid saya masih perlu balik Indonesia dan hanya boleh buat di tempat yang tetap sahaja. Kalau maid saya tinggal jauh, ini memang membebankan dia jalan begitu jauh untuk buat e-ktkln

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nampak takde beza, cuma e-ktkln rekod pengesahan maid melalui biometrik sahaja. Nak buat macammana kerana itu adalah polisi terbaru immigresen Indonesia.

      Delete
  2. Macamana ya.. maid hendak pulang bercuti dua bulan . Perlu ke sediakan semua dokumen tu

    ReplyDelete
  3. Very informative... Thousand of thanks

    Terima Kasih *thumb up* :)

    /mooi

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.