Tulisan pada kali menyentuh tentang pengambilan maid melalui ejen freelance. Juga saya ingin tegaskan di sini bahawa tulisan pada posting ini tidaklah sama sekali untuk menggalakkan majikan membelakangkan undang-undang sedia-ada tetapi lebih menjurus kepada langkah-langkah perlu sekiranya majikan berhasrat mengambil warga Indonesia yang telah berada di Malaysia.
Kita tidak mahu ceritalah bagaimana mereka masuk ke sini, apa yang penting mereka mempunyai passport yang sah, cuma tiada permit kerja. Ada yang datang berjalan-jalan menziarah saudara-mara disini, maklumlah Malaysia-Indonesia merupakan negara serumpun bagaikan negara adik-beradik. Ibarat "saudara aku ada di Malaysia, saudara kau ada di Indonesia". Jadi urusan ziarah menziarahi saudara amat kerap berlaku.
Seringkali saya ditanyakan oleh pembaca blog isupembanturumah berkenaan perkara asas mengenai pengambilan maid yang telah masuk ke Malaysia.
Soalan Lazim Majikan Ketika Ingin Mengambil Maid
Soalan : Boleh ke ambil mereka sebagai pembantu rumah?
Kita tidak mahu ceritalah bagaimana mereka masuk ke sini, apa yang penting mereka mempunyai passport yang sah, cuma tiada permit kerja. Ada yang datang berjalan-jalan menziarah saudara-mara disini, maklumlah Malaysia-Indonesia merupakan negara serumpun bagaikan negara adik-beradik. Ibarat "saudara aku ada di Malaysia, saudara kau ada di Indonesia". Jadi urusan ziarah menziarahi saudara amat kerap berlaku.
Seringkali saya ditanyakan oleh pembaca blog isupembanturumah berkenaan perkara asas mengenai pengambilan maid yang telah masuk ke Malaysia.
Soalan Lazim Majikan Ketika Ingin Mengambil Maid
Soalan : Boleh ke ambil mereka sebagai pembantu rumah?
Jawapan : Tentulah boleh. Asalkan dia bersetuju nak bekerja dan patuh kepada syarat-syarat kontrak kerja yang anda nyatakan.
Soalan : Tak salah ke ambil mereka yang tiada permit kerja?
Jawapan : Kalau nak kira salah tu memangla salah. Anda menyimpan pendatang tanpa izin atau PATI selepas tamat tempoh 30 hari pas lawatan.
Hukumannya agak berat juga. Baca posting saya sebelum ini bertajuk Tindakan Ke Atas Majikan Yang Melindungi PATI.
Soalan : Kalau saya ambil dari ejen indon, boleh percaya ke?
Jawapan : Kalau anda ambil dari syarikat ejen berdaftar, boleh percaya ke? Ramai juga yang mengalami masalah bila sukar mendapatkan maid gantian bila maid melarikan diri. Janji 3 bulan tapi berakhir dengan berbulan-bulan baru dapat maid gantian. Nak minta pemulangan duit pun bukannya dapat 100%. Rasa macam tak berbaloi dengan penat-lelah kejar agensi minta pemulangan duit seolah-olah kita seperti peminta sedekah. Walaupun tak semuanya begitu, tapi ibarat satu ajensi yang buat hal akan menyebabkan majikan memandang serong terhadap semua ajensi.
Soalan : Kalau saya bayar ejen freelance, kemudian maid tiada, bagaimana?
Jawapan : Bayar hanya bilamana maid diserahkan kepada anda. Jika ejen masih inginkan deposit, dapatkan persetujuan untuk membayar deposit dalam nilai yang kecil. Elok juga ejen ambil sedikit deposit kerana terdapat juga majikan yang tidak komited. Maksudnya bila maid tiba ke Malaysia dengan menaiki kapalterbang, secara tiba-tiba majikan berubah fikiran dan tidak mahu mengambil maid tersebut. Bukankah ini satu kerugian kepada ejen? Siapa yang bertanggungjawab membayar pampasan di atas pembelian tiket kapalterbang tersebut? Ejen sepatutnya membuat kira-kira sejumlah deposit yang bersesuaian dengan kos pengangkutan, tempat tinggal sementara dan makan-minum maid tersebut.
Soalan : Saya mahu maid yang jujur, baik dan sukakan budak-budak.
Jawapan : Sukakan budak-budak boleh dicari. Yang baik dan jujur memang agak subjektif. Mana kita boleh tahu kejujuran seseorang itu selagi mereka belum bersama kita. Bayangkanlah, anda sebagai majikan pun akan menjawab semuanya boleh sewaktu anda menghadiri temuduga kerja. Hahaha...
Bila dah dapat kerja, halnya mungkin berbeza. Kalau anda bukan dalam kategori ini, baguslah. Saya percaya anda bukan dalam kategori ini termasuklah saya...ehmm.
Soalan : Caj ejen freelance amat mahal.
Jawapan : Ya, saya setuju. Caj mereka amat mahal. Tapi kalau boleh cuba runding dari sudut jumlah potongan gaji. Kalau dapat potongan gaji sehingga 3 bulan, itu dah dikira cukup baik. Jika caj mereka RM6K dan potongan 3 bulan gaji dengan gaji RM900 sebulan, bermakna anda hanya mengeluarkan belanja RM3300. Kalau dapat gaji RM800 sebulan juga lagi baik dengan kenaikan RM100 di tahun ke-2.
Itulah diantara soalan lazim majikan ketika ingin mengambil maid yang sering masuk ke telefon saya. Saya pun amat berharap agar majikan dapat menjengah membaca tulisan saya ini kerana agak berat juga tugas saya untuk menjawab setiap satu pertanyaan melalui telefon. Lagipun saya hanya dapat menjawab soalan-soalan tersebut diwaktu terluang sahaja.
Baca juga tulisan saya berkenaan perkara-perkara yang perlu anda diambilkira sewaktu pemilihan ejen dan pembantu rumah.
Baca juga tulisan saya berkenaan perkara-perkara yang perlu anda diambilkira sewaktu pemilihan ejen dan pembantu rumah.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.