Breaking

Thursday

Apakah E-Kad Dan Bagaimana Memohon E-Kad?

Ramai yang tertanya-tanya apakah itu E-Kad yang sedang hangat diperkatakan di media massa. E-Kad (E-Card) atau dikenali sebagai Enforcement Card dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI). 

Permohonan E-Kad adalah percuma dan boleh dibuat di Ibu Pejabat Imigresen dan cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Permohonan dibuka pada 15/2/2017 dan ditutup pada 30/6/2017. Manakala kad yang diberikan kepada PATI hanya sah sehingga 15/2/2018. E-kad ini bertindak sebagai pas sementara untuk membolehkan majikan memohon permit untuk pekerja mereka. Tidak ada khidmat orang tengah dalam urusan E-Kad. Majikan dan PATI perlu hadir ke pejabat imigresen untuk segala urusan berkaitan E-Kad.


gambar ketua pengarah imigresen
Foto : http://www.sinarharian.com.my

Apakah Tanggungjawab Majikan Selepas Urusan E-Kad?

Didalam tempoh 15/2/2017 hingga 15/8/2018, pihak majikan perlu membuat permohonan permit kerja dan pasport. Ini merupakan satu bonus kepada majikan mahupun PATI. PATI yang asalnya masuk sebagai pelancong, kini, telah ada peluang untuk memiliki permit yang sah.

Apakah Sektor-sektor Yang Dibenarkan?

Namun begitu, program E-Kad ini hanya meliputi sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian. Sektor-sektor tersebut merupakan sektor yang kritikal yang memerlukan tenaga kerja yang banyak.

Apakah Kesan Jika Tidak Mendaftar E-Kad?

Selepas tempoh pendaftaran, PATI yang tidak berdaftar akan diusir manakala majikan pula berdepan dengan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang termasuk aset dan akaun mereka dibekukan.

Apakah Ciri-ciri E-Kad?

Ia mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti biometrik pekerja dan majikan, nombor pendaftaran dan nama syarikat, kod bar dan tandatangan Ketua Pengarah Imigresen serta Ketua Polis Negara di bahagian belakang. Jangan tertipu dengan pengeluaran E-Kad palsu.

Bagaimana Munculnya E-Kad?

Program E-Kad ini adalah susulan dari kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 17/1/2017 bahawa kementeriannya telah memperolehi kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk memberikan kad sementara kepada PATI yang mempunyai majikan. Fungsi E-Kad ini umpama pas khas yang diberikan kepada seseorang warga asing untuk berada di Malaysia dalam tempoh yang tertentu.

7 comments:

  1. salam...

    nak tanya....artikel ni tulis hanya meliputi sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian sahaja....

    kalau nak buat e-kad untuk pembantu rumah asing boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Persoalanya tertimbul ,Kesan Jika
    Selepas tempoh pendaftaran, PATI yang berdaftar e-kad lari/hilangkan manakala majikan pula berdepan dengan ketidak munculan PATI itu apakah kemungkinan majikan akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk aset dan akaun dibekukan?
    Adakah kami Majikan tidak dipedulikan dalam isu ini . minta penjelasan.

    ReplyDelete
  3. saya jawab mengikut aturan prosidur maid lari. Utk makluman, e-kad bukan untuk sektor maid. Tapi dari segi prosesnya, rasanya ada persamaan. Jika seseorang mengambil maid, majikan dikenakan bond oleh imigresen mengikut negara sumber maid. Jika maid dari indon, bondnya ialan RM250. Maid lari dengan sengaja ke, atau maid lari kerana tidak tahan dengan perangai majikan ke, akhirnya majikan tetap dikenakan bayaran rm250 kpd pihak imigresen. Sekali pandang memang rasa mcm tak adil kepada majikan jika maid lari sedangkan majikan melayan maid dengan baik. Ada juga logiknya, kerana imigresen tidak mengetahui kisah yang sebenar samada majikan yang bersalah atau maid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada kenal mana2 maid yang tidak bertuan (ada passport tetapi baru expired tp tiada permit) dan ingin diambil bekerja sbg maid sendiri, bagaimana cara mem'valid' kan maid tersebut secara sah?

      Delete
    2. passport kalau dah expired kena la renew dulu di kedutaan. Tapi besar kemungkinan akan diberikan SPLP untuk membolehkan maid pulang ke indon. mana2 maid yg tidak bertuan ni asalnya maid yang lari dari majikan. Elok elakkan dari mengambil mereka dari kategori ini. Jika mereka pernah lari bermakna mereka juga berkemungkinan utk lari dari majikan baru. mereka mencari majikan baru MUNGKIN utk membantu mereka menyelesaikan masalah paspot tamat tempoh aje. sila berhati-hati.

      Delete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.