Kerapkali saya dihujani dengan mesej Whatsapp bertanyakan mengenai pembantu rumah dari Indonesia.
Antara soalannya :
Antara soalannya :
- Tuan ada maid yang available?
- Maid saya nak balik Indon, macammana ek?
- Maid saya lari, apa perlu saya buat?
- Maid saya takde permit, cammna nak buat ni?
- Saya kena tipu dengan ejen, lebur duit saya.
Kadang-kadang ada ejen dari Indonesia yang menghubungi saya untuk mencarikan majikan. Tapi susah pula saya nak carikan majikan yang mencari pembantu rumah kalau mereka yang bertanya tidak mahu identiti diketahui oleh saya. Bila saya balas mesej wasap "Nama tuan dan tuan dari mana?". Terus je senyap lepas tu. Bagilah nama dan dari mana supaya nama mereka dapat saya simpan di telefon. Jika ada ejen yang menghubungi saya, mudahlah saya menyampaikan maklumat kepada mereka.
Kalau maid nak balik kampung, kena lah buat proses endorsement kontrak kerja di KBRI Kuala Lumpur. Baca posting Prosidur Pembantu Rumah Pulang Bercuti.
Kalau maid lari, tuan jangan ikut lari nanti isteri tuan marah pulak. Pertama sekali buat repot polis. Seterusnya ke Imigresen untuk pembatalan majikan. Harap-harap maid tertangkap dan lepas tu disenaraihitamkan oleh immigresen, 5 tahun tak boleh masuk Malaysia. Masuk dengan kapal selam memang bolehlah. Baca posting berkaitan di sini.
Maid takde permit memang kena balik la. Ada sesetengah kes boleh dibantu, ada sesetengah kes memang dah tak boleh bantu. Cuba hubungi saya, kalau-kalau boleh dibantu. No telefon ada di kepala blog.
"Saya kena tipu dengan ejen". Ini kenyataan pembaca blog saya ke atau saya tu dirujuk sebagai diri saya. Baiklah...itu kenyataan pembaca blog saya dan itu juga kenyataan dari saya. Saya juga pernah ditipu. Tapi itu mendewasakan saya. Disebabkan itulah saya mula menulis diblog ini. Antara tulisan yang digemari pembaca ialah yang berkaitan ejen yang menipu.
Akhir coretan kali ialah jika ada yang mencari pembantu rumah, sila hubungi saya. Mana tahu jika ada pembantu rumah yang masih available di Indon saya.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.