Salah siapa? Sudah tentulah majikan kerana kegagalan memohon E-Kad untuk pekerja asing mereka. Pihak Imigresen Malaysia telah membuka peluang yang agak lama sehinggalah ke tarikh akhir permohonan pada 30/6/2017. Kini operasi besar-besaran dilakukan oleh pihak imigresen untuk gempur PATI yang gagal memohon E-Kad.
ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan seramai 20 warga asing dalam serbuan di tapak pembinaan sebuah pasar raya di Ampang Jajar di sini hari ini.
Serbuan bermula pukul 10.30 pagi tadi itu dilakukan bagi mengesan dan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tempoh permohonan Enforcement Card (E-Kad) tamat semalam.
Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, operasi pertama dilakukan di sebuah kilang membuat gasket di Mergong di sini namun tiada tangkapan dilakukan.
"Seramai 42 pekerja kilang warga Nepal di situ didapati memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah selain ada yang telah membuat permohonan E-Kad," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Kata beliau, dalam serbuan kedua di tapak pembinaan sebuah pasar raya di Ampang Jajar, seramai 19 lelaki dan seorang perempuan warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga Indonesia, lima warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar," ujarnya.
Menurut Zuhair, kesalahan yang dilakukan warga asing tersebut adalah tidak mempunyai dokumen perjalanan, melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa.
"Kita turut menahan seorang majikan berusia 35 tahun atas kesalahan menggaji PATI," ujarnya.
Tambahnya, operasi bagi memburu PATI yang gagal membuat E-Kad akan terus diperhebatkan selepas ini.
"Kita sasarkan 10,000 pengeluaran E-Kad, namun kita hanya menerima kira-kira separuh daripada jumlah yang disasarkan itu iaitu 4,949 pengeluaran E-Kad sejak Februari lalu," katanya. - K! ONLINE
Artikel terbitan akhbar KOSMO
Jabatan Imigresen Kedah tahan 20 warga asing gagal memohon E-Kad
KOSMO : 01/07/2017 1:26pmALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan seramai 20 warga asing dalam serbuan di tapak pembinaan sebuah pasar raya di Ampang Jajar di sini hari ini.
Serbuan bermula pukul 10.30 pagi tadi itu dilakukan bagi mengesan dan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tempoh permohonan Enforcement Card (E-Kad) tamat semalam.
Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, operasi pertama dilakukan di sebuah kilang membuat gasket di Mergong di sini namun tiada tangkapan dilakukan.
Sumber Kosmo : Sebahagian PATI yang ditahan di tapak pembinaan pasar raya di Ampang Jajar, Alor Setar hari ini selepas tempoh permohonan E-Kad tamat semalam. |
Kata beliau, dalam serbuan kedua di tapak pembinaan sebuah pasar raya di Ampang Jajar, seramai 19 lelaki dan seorang perempuan warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga Indonesia, lima warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar," ujarnya.
Menurut Zuhair, kesalahan yang dilakukan warga asing tersebut adalah tidak mempunyai dokumen perjalanan, melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa.
"Kita turut menahan seorang majikan berusia 35 tahun atas kesalahan menggaji PATI," ujarnya.
Tambahnya, operasi bagi memburu PATI yang gagal membuat E-Kad akan terus diperhebatkan selepas ini.
"Kita sasarkan 10,000 pengeluaran E-Kad, namun kita hanya menerima kira-kira separuh daripada jumlah yang disasarkan itu iaitu 4,949 pengeluaran E-Kad sejak Februari lalu," katanya. - K! ONLINE
Artikel terbitan akhbar KOSMO
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.