Breaking

Monday

Pre-FOMEMA Check-up

Ada juga segelintir majikan yang berani menyimpan PATI sebagai pembantu rumah kerana tidak sanggup menanggung bebanan kos pengambilan pembantu rumah dari syarikat agensi pekerjaan yang membekalkan pembantu rumah.

Mereka mendapatkan maid dari ejen-ejen freelance yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari agensi. Tetapi tahukah mereka mengenai tahap kesihatan maid tersebut? Adakah maid tersebut benar-benar fit untuk bekerja sebagai pembantu rumah mereka? Adakah maid tersebut bebas dari sebarang penyakit berbahaya seperti batuk kering, AIDs, hepatitis dan sebagainya?



Jangan letakkan diri anda dan keluarga anda dalam bahaya. Saya amat menyarankan mereka melakukan proses saringan pre-FOMEMA check-up di mana-mana klinik. Paling kurangpun buat ujian seperti ujian air kencing, ujian darah dan x-ray. Walaupun ujian ini mungkin tidak selengkap pemeriksaan FOMEMA tetapi setidak-tidaknya dapatlah majikan menarik nafas lega mempunyai ahli keluarga baru yang benar-benar sihat di dalam rumah mereka.

Jika majikan dapat mengetahui keputusan pre-FOMEMA check-up dalam tempoh 3 bulan jaminan gantian maid, maka, dapatlah majikan memulangkan maid tersebut kepada ejen freelance untuk proses penggantian maid.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.