Breaking

Thursday

Renew Permit Pembantu Rumah

Coretan kali ini mungkin agak pendek sedikit. Letih jari-jemari ini masih terasa. Tapi ada satu perkongsian buat semua hasil dari apa yang aku lalui.
Pada asalnya aku nak check jika ada saman tertunggak PDRM, almaklumla sekarangkan tengah galak polis buat sekatan jalanraya untuk mengenalpasti mereka yang ingkar membayar saman tertunggak. Khabarnya saman tertunggak ini mencecah jutaan ringgit.


Entah macammana terlihat opsyen untuk renew permit pembantu rumah melalui MyEG. Mulanya nak renew permit pembantu rumah di Immigresen Putrajaya tapi dah terlanjur nampak opsyen ini di MyEG, maka, aku pun nak try la pulak. Dalam kes aku, maid dah masuk tahun ke-4, jadinya FOMEMA tak perlu buat. Arghhhh...lega sikit. Jimat RM195.

Yang bagusnya renew permit melalui MyEG ialah kita tak perlu usung dokumen. Setidak-tidaknya tak perlula kita buat kontrak kerja dan isi dokumen-dokumen yang diambil di kaunter pertanyaan.

Bagaimana prosesnya untuk renew permit pembantu rumah melalui MyEG? Ok, senang aje, begini caranya :

- mendaftarla di MyEG 
- selepas itu masukkan maklumat yang diperlukan.
- dan terus buat bayaran secara online.

Sila simpan bukti transaksi, dan satu email berkaitan permohonan anda akan dihantar ke email anda. Kalau takde email macammana? Nak kena jawab jugak ke? Macam kelakarla pulak tahu guna komputer tapi takde email.

Berapa lama untuk permit siap? Entahla tak pasti pulak tapi korang kira sendirila untuk kes aku :
- apply online pada 17/6/2014 jam 8am
- terima call dari MyEG pada 19/6/2014 selepas lunch yang memberitahu permit dah siap dan mereka tanya samada nak collect sendiri atau kurier. Tak nak fikir pasal trafik jem, aku memilih opsyen kurier. Boleh tahan jugak keberkesanan khidmat diaorang. Apabila kurier sampai, kita dikenhendaki menunjukkan passport maid dan IC penerima kurier.

Berapa pula bayarannya? Ini yang semua nak tahu, betul tak? Keseluruhannya RM648 dimana RM38 adalah caj MyEG selebihnya bayaran kepada Immigresen Malaysia. Jangan terkejut pulak ye, bayaran proses dah naik berganda-ganda. Tapi nak buat camno, nak tak nak kena jugak renew permit pembantu rumah selagi maid bekerja dengan kita.


 

26 comments:

  1. Salam, macam mana nak contact en Naja?

    ReplyDelete
  2. Salam... kalau renew melalui myeg ni, mcmana dgn requirement insurance malaysia & indonesia? kena ada dulu ke?

    ReplyDelete
  3. tak perlu. Malaysia tak mewajibkannya tapi kalau nak buat endorsement kontrak kerja dengan KBRI, perlukan kedua-duanya.

    ReplyDelete
  4. "Dalam kes aku, maid dah masuk tahun ke-4, jadinya FOMEMA tak perlu buat."

    SEKARANG NI PROSEDUR NI MASIH TERPAKAI LAGI KE?
    MAID SAYA MASUK PADA BULAN SEPT 2012... MAKNANYA TAHUN NI SAYA AKAN RENEW PERMIT DIA UNTUK KALI KE 4... BETUL KAN??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun pertama - sep2012
      tahun kedua - sep2013
      tahun ketiga - sep2014
      tahun keempat sep2015....yeah tak payah FOMEMA..bolehlah belanja saya

      Delete
  5. alhamdulillah proses makin mudah. maid dh masuk 6 tahun dgn kami. tapi yg sedih alkisahnya last year lupa renew. huhu...kenalah denda. pasni harus letak alarm supaya x miss renew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa dendanya. Sharekan disini sbg panduan utk org lain.

      Delete
  6. kl nak sambung permit pembantu rumah melalui myege kena ada syarat2nya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. you kena perincikan kes you. Maid renew utk tahun ke berapa? dlm kes saya takde syarat.

      Delete
  7. proses tukar majikan baru approve. permit expired 1/3/16. Passport expired 2017. Nak renew permit via myeg fail sbb xde record fomema. myeg kata imigresen blm update record. apa patut saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini maid tahun ke brape?
      you dah buat fomema ke untuk renew permit?

      Delete
  8. Salam puan, bayaran maid indonesia rm610. Bila kita nak bayar tmbhan RM38 utk MyEG tu? Sbb saya bayar online semalam pada myeg dan hanya di charge RM610..

    Lagi satu, lepas kita apply renew permit online melalui MyEG, xperlu buat apa apa dah ke? Tunggu panggilan dr mereka? Begitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayaran rm38 bayar masa runner hantar sticker kat puan. Runner akan minta passport maid dan dia akan lekatkan sticker tu. Lepas tu dia akan ambik gambar sticker yg dilekatkan tu.

      Lepas renew tak perlu buat apa2. Tunggu diaorg call.

      Delete
  9. macammana nak tau password semua ya? masa first time buat eh? sebab saya nak tlg renew passport maid mak saya. tapi majikannya dulu kakak saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. password myeg ke? kalau ada masalah password ke login ke, puan boleh call diaorg utk bantuan teknikal.

      Delete
  10. Selamat petang,
    Saya punya maid permit kerja diuruskan oleh ejen, dah thn ke-4 ni nak sambung lg thn ke-5 ,passport saya renew kan.
    Pertanyaan sy, permit yg sll nya ejen uruskan bolehke kalau yg thn ke-5 ni urus sendiri? Terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam,

    kalau saya tidak mengunakan myeg utk renew permit maid indonesia. Sudah bayar and settle fomema, apa perlu saya lakukan? berapakah bayaran levi kepada Ketua Pengarah Imigresen Malayssia?

    ReplyDelete
  12. kalau maid guna nama bekas suami sebagai majikan.. saya boleh tak renew permit pakai MYEG dan letak butiran bekas suami? maid serta passport ada pada saya. Mereka akan hantar runner untuk tampal sticker dan ambil ic penerima sticker ja kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh. nanti bila runner myeg hantar sticker, dia minta ic majikan untuk pengesahan.

      Delete
  13. Saya telah munggunakan khidmat myeg untuk perbaharui permit pembantu rumah rakan saya selama 10 tahun.

    Majikan yang didaftarkan tidak perlu ada bersama semasa permit dihantar. Hanya perlukan seorang saksi yg punyai mykad dan warganegara Malaysia.

    Kalau dulu² langsung tak perlu saksi.

    ReplyDelete
  14. kenapa bila saya masukkan butiran, dia keluar yg maid tk terikat dgn majikan? thn lps buat kat myeg okay je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada masalah teknikal di pangkalan data myEG. Sila rujuk ke myEG.

      Delete
  15. Kalau tak guna myeg,blh gi imigresen terus kan?Agen kata,pi terus bayar cash amik sticker,betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tapi fomema kena tunggu lulus dulu. boleh cek fomema result online

      Delete
  16. maid sy datang may 2015.. so ni dah masuk tahun ke4. tak perlulah buat fomema kan... saya cuba nak renew permit di myeg x dapat2.. katanya permit expired dan maid tidak terikat dengan majika. sedangkan sebelum2 ni oleh je renew online

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.