Breaking

Friday

Pembantu Rumah Pulang Bercuti Selama-lamanya

Setelah menghabiskan 4 tahun bekerja denganku akhirnya tibalah masa untuk beliau kembali ke kampung halaman buat selama-lamanya. Rasa sedih juga mengenangkan anak-anakku yang sudah menjadi rapat dengan beliau. Lagipun beliau telah menjaga anak-anakku dengan baik. Kalau dibandingkan dengan kejadian-kejadian kes jenayah yang melibatkan pembantu rumah sudah tentu aku amat bersyukur mempunyai pembantu rumah yang pandai mengambil hati kanak-kanak. Tidak pernah sekali pun beliau mencederakan anak-anakku.

Ada juga isteriku membuat penawaran untuk sambung kontrak kerja tapi beliau tidak mahu kerana masih punya anak kecil yang perlu diberi perhatian. Takpe la...

Persiapan untuk beliau pulang ke kampung telah ku lakukan sebulan setengah yang lalu dengan membeli tiket penerbangan ke kota Surabaya. Lapangan terbangnya dipanggil Juanda. Setelah tiket dibeli, aku pergi ke pejabat Immigresen untuk mendapatkan check-out memo.

Cara mendapatkan check-out memo disini.

Penerbangan dengan Airasia di KLIA2 tepat jam 4:15 petang tanpa tertangguh. Beliau juga ada menghantar SMS mengatakan yang beliau telah selamat tiba di Juanda.

resipi sambal belacan goreng

Sempat juga beliau meninggalkan resipi sambal belacan goreng yang menjadi kegemaran aku sekeluarga. Bagusnya sambal goreng ialah ia tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk. Kalau sambal mentah, lepas 4-5 hari dah rasa tak sedap.

Tak tau la samada aku dapat buat sebijik rasa macam yang beliau buat.
Goodbye bibik.
 

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.