Ramai yang mempunyai pengalaman yang kurang menggembirakan bila berurusan dengan agensi pembantu rumah, termasuklah aku. Perasaan marah, bengang, tak puashati antara situasi yang menerpa diri majikan bila saja berdepan dengan agensi pembantu rumah yang tidak professional.
Ada yang berjanji untuk telefon balik majikan tetapi sampai ke sudah, tiada pun panggilan yang diterima majikan. Untuk bercakap dengan staf agensi memang agak sukar. Paling senang, terjah saja pejabat mereka.
Ramai majikan yang memahami, menguruskan manusia memang sukar. Ada pembantu rumah yang asalnya bersedia untuk bekerja di Malaysia tetapi di saat-saat akhir menarik diri. Ada yang pada mulanya sanggup menjaga anak kecil tetapi tiba-tiba menukar fikiran hanya mahu mengemas rumah dan memasak sahaja. Ini semua sudah tentu memeningkan agensi kerana terpaksa menunggu calon lain yang berkelayakan.
Tetapi kita sebagai pelanggan tidak mahu dengar alasan yang sedemikian kerana kita telah membayar sejumlah wang deposit yang agak tinggi. Mereka sebagai agensi perlu bertindak secara professional dalam menangani masalah ini. Mereka perlu berkerjasam dengan agensi di Indonesia yang mempunyai bilangan pembantu rumah yang ramai di penampungan (asrama). Ini membolehkan proses penggantian berlaku dengan kadar yang segera.
Entah macammana terjumpa pula sebuah laman web yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk berkongsi pengalaman berkenaan ketidakpuashatian majikan terhadap agensi.
Mari berkongsi pengalaman di sini => Laman Web Aduan
Masukkan "maid agency" di ruangan kotak pencarian.

No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.