Breaking

Sunday

Kos Ambil Pembantu Rumah RM14000

Wow, satu angka yang melonjak tinggi. Ini maklumat yang aku dapat dari Internet dan khabar yang aku terima dari orangramai. Tapi ada tak sesiapa yang dah pergi ke maid agency dan tanya tentang kos ambil pembantu rumah terkini? Kalau ada, sila kongsikan diruangan komen, letakkan nama agency sekali, senang sebagai rujukan untuk pembaca yang lain.

Tentang gaji memang kebiasaannya mereka mahukan RM800 sebulan. Gaji pun satu hal jugak, kalau dah mahal gaji, kualiti kerja kenalah juga "mahal". Kerja kena sentiasa tip-top, masa rehat boleh rehat, tapi masa kerja kenalah kerja ye.

Bukan apa, ada ramai pembantu rumah yang kerja sambil lewa aje, bila majikan pergi ke pejabat, manakala anak majikan telah pergi ke sekolah, mereka biasanya akan mula bertugas. Ini yang aku perhatikan tugas maid aku :



Rutin kerja Isnin - Jumaat
Kalau hari Sabtu ada tambahan kerja cuci tandas.

05:45 am : bangun pagi
05:50 am : masak air
05:55 am : kejutkan anak majikan untuk bersiap ke sekolah
06:00 am : mandi dan solat subuh
06:15 am : sediakan sarapan
06:45 am : anak majikan bersarapan
07:00 am : anak majikan naik bas sekolah
07:15 am : majikan pergi ke pejabat
07:15 am : kemas meja sarapan
08:00 am : jemur pakaian yang dibasuh oleh mesin basuh
08:30 am : memasak
09:30 am : siram pokok bunga
10:00 am : Rileks
11:00 am : Anak majikan balik dari sekolah agama
11:00 am - 12:15pm : beri makan dan siapkan anak majikan untuk sekolah petang
12:15 pm : maid makan kot
12:30 pm - 1:40pm : rileks dan solat zohor
01:40 pm : Anak majikan yang lain balik dari sekolah kebangsaan
01:40 pm - 02:20pm : pantau anak majikan bersiap dan hidangkan makanan tengahari.
02:20 pm : kemas meja hidangan
02:30 pm : vakum karpet dan sapu sampah
03:00 pm : gosok baju
03:30 pm - 05:50 pm : rileks santai dan solat asar
05:50 pm : anak majikan balik sekolah
06:00 pm : masak makan malam
06:30 pm : siapkan anak majikan
07:30 pm : mandi dan solat maghrib
08:00 pm : majikan makan malam dan maid suapkan makan anak majikan yang kecil
09:00 pm : kemas meja hidangan makan malam
10:00 pm : maid masuk bilik tidur

Masa-masa rileks :
10:00 am : 1 jam
12:30 pm - 01:40pm : 1 jam (rehat termaktub dalam bidang pekerjaan dimana pekerja makan tengahari, macam kita di pejabat)
03:30 pm - 05:50 pm : 2 jam

Ini yang aku perasan yang berlaku ke atas maid aku. Tapi aku tak berapa kesah sangat asalkan dia jaga anak dengan baik. Ada juga anak aku kata pada waktu-waktu santai tu bibik tengok Astro. Wow! Aku tahu, aku pun perasan. Sebab tu ada jugak eloknya pembantu ditukar setiap 2 tahun sebab mutu kerja mereka akan berkurangan apabila semakin lama bekerja dengan majikan yang sama. Pernah juga aku tegur dia supaya cari kerja untuk bersihkan rumah, tak perlu aku tunjuk apa yang perlu dibersihkan. Tapi, hasilnya, memangla dia buat kerja tu, tapi tak memuaskan, macam takde kesungguhan. Masa 2 tahun pertama kerja dengan aku, memang dia takde masa nak rehat lama sebab masa tu anak-anak aku masih kecil, jadi ligatla dia kena sediakan berbagai perkara untuk anak-anak aku dan anak-anak pun duk menyepah kat rumah sebab belum masuk sekolah. Bila semua dah masuk sekolah, ehmm...lepakla kan.

Macam sesetengah dari kita la (termasukla aku), bila dah lama kerja kat satu-satu kompeni, mulalah buat perangai, jumpa doktor ambik mc la, cuti kecemasan la, mengular la dan macam-macam lagilah. Cuba kalau kita dapat kerja baru, takkan senang-senang nak MC kot... malulakannn... Kerjakan pun bukan main ligat sebab nak tunggu konpem. Bila dah konpem, identiti pun dah lain. hehehe...mengata orang, aku yang lebih.



Sekarang aku dah tak ambik bibik dah sebab anak dah boleh berdikari. Aku lah bibik akulah papa.

Dengan kos ambil pembantu rumah pun dah semakin menggila naiknya sampai dekat RM14000, kena fikir banyak kali jugakla kalau aku plan nak ambil pembantu rumah yang baru.



2 comments:

  1. Saya baru tanya melalui agensi oembantu rumah disini rm10k jugak la sorang tu belum lagi upah2 yang tersembunyi. Kesimpulan mahal gak gaji kalau dah bahagi dengan setahun atau dua tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm10K tu termasuk permit ke. Kalau termassuk permit then murah tu

      Delete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.