Breaking

Friday

Pembantu Rumah Harian

Alternatif kepada mereka yang tidak menggemari orang asing tinggal bersama adalah dengan pengambilan pembantu rumah harian. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Pembantu rumah harian yang hadir bekerja dari pagi sehingga majikan pulang ke rumah. Dalam tempoh ini, pembantu rumah harian bekerja sepertimana pembantu rumah tetap tetapi mereka tidak menginap di rumah majikan. Kebanyakan dari mereka mempunyai suami yang bekerja di pelbagai sektor dan mereka pula bekerja dalam tempoh masa yang telah dipersetujui dengan majikan. Gaji mereka dibayar secara harian atau mingguan.
  • Pembantu rumah harian yang hanya hadir bekerja di hujung minggu. Bayaran mencecah RM80 sehari dan jika dihitung selama 4 hari sebulan (hari Ahad sahaja), ianya mencecah RM320. Terpulang kepada majikan samada menyediakan makan tengahari dan sarapan pagi. Ada juga majikan yang baik hati, mengambil dan menghantar pembantu rumah tersebut dari/ke tempat kediaman mereka.
sikap pembantu rumah harian

Kelebihan mengambil pembantu rumah harian

  •  Majikan tidak perlu runsing akan kos-kos pengambilan pembantu rumah yang  mencecah hampir RM14K.
  • Tidak lari dari majikan sebab mereka bukannya terikat pada perjanjian.
  • Tiada orang asing yang tinggal bersama majikan.

Keburukan menggaji pembantu rumah harian

  • Kos sebulan mungkin hampir menyamai pembantu rumah yg diambil dari agensi.
  • Memandangkan mereka tidak terikat dengan majikan, sikap buruk seperti mencuri barang majikan mungkin berlaku.
Kesimpulannya mengambil pembantu rumah harian memerlukan seseorang untuk berada di rumah bagi memantau kualiti kerja pembantu rumah. Disamping itu sikap panjang tangan yang mungkin ada pada pembantu rumah dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.