Breaking

Thursday

Mencari Pembantu Rumah

Seringkali kedengaran rungutan majikan yang tidak berpuashati dengan kualiti yang ada pada pembantu rumah yang bekerja dengan mereka. Mencari pembantu rumah yang benar-benar memuaskan hati majikan bukanlah mudah kerana ia melibatkan tahap sosial dan akademik seseorang pembantu rumah.
Ada pembantu rumah yang berasal dari pinggir bandar dan ini sudah tentu membentuk peribadi seseorang ke arah lebih pandai bersosial dan berkomunikasi. Manakala seseorang yang berasal dari pedalaman, lebih pemalu dan kurang berkomunikasi. Mereka yang berasal dari pedalaman lebih lembut tingkah-lakunya.

Tapi adakah kita mampu mendapat apa yang kita cari? Lebih ketat kriteria pemilihan semakin kurang calon-calonnya kerana anda juga bersaing dengan majikan-majikan yang lain untuk mendapatkan maid yang berkualiti.

Perkara ini amat-amat subjektif kerana rezeki seseorang itu tidak sama hasilnya. Ada yang bernasib baik mendapat maid yang bertanggungjawab dan berkualiti, manakala yang tidak bernasib baik pula mendapat maid tahap rendah kualiti kerja dan mempunyai sikap yang negatif.

Jika ingin mendapatkan pembantu rumah sambilan pula, untuk jangkamasa panjang, kosnya agak tinggi dan sukar pula nak memantau hasil kerja maid.

Mencari Pembantu Rumah Yang Ideal Memang Sukar

Ada juga yang membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan pembantu rumah dari syarikat agensi tetapi kualiti pembantu rumah tidak seberapa. Dikatakan telah dilatih walhal ada beberapa bidang kerja yang masih tidak tahu.
Ada yang ingin berjimat dan mengambil pembantu rumah dari agen bebas tetapi kualiti maid bagus sekali. Apa-apa pun bertawakal saja la untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Ada juga ejen-ejen yang menghubungi saya untuk mencarikan majikan tetapi macammana saya nak tahu siapa yang mahu. Elok lah jika ada yang inginkan pembantu rumah, sila subscribe newsletter isupembanturumah. Pada ketika saya menulis ini, ada seorang pembantu rumah yang ingin mencari majikan. Hubungi saya! 

2 comments:

  1. Salam. Kami sedang mencari maid sekarang. Boleh share details maid yg available x?

    Do ctc me: 0199614876

    Terima kasih didahulukan

    ReplyDelete
  2. Salam. Kami sedang mencari maid sekarang. Boleh share details maid yg available x?

    Do ctc me: 0199614876

    Terima kasih didahulukan

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.