Breaking

Tuesday

Pengurus Kediaman Sebagai Pembantu Rumah Tempatan

Pembantu rumah tempatan bukanlah satu jawatan yang asing bagi rakyat Malaysia akan tetapi pengurus kediaman adalah satu jawatan yang semamangnya agak baru bagi masyarakat Malaysia.

Baru-baru ini, negeri Terengganu telah menjadi pelopor dalam memperkenalkan jawatan ini dan telah melatih kelompok pertama yang kebanyakannya disasarkan kepada ibu-ibu tunggal. Program latihan ini diselia oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).


pengurus kediaman atau pembantu rumah tempatan


Akan tetapi, penggunaan nama jawatan ini mungkin agak tidak bertepatan dengan bidang kerja yang sebenar. Pengurus kediaman sebagai pembantu rumah tempatan lebih tepat dirujuk kepada surirumah sepenuh masa atau individu yang mempunyai kakitangan yang bekerja dibawah seliannya yang menguruskan pekerja untuk memastikan kediaman dalam keadaan bersih, kemas dan selesa untuk didiami. Pengurus kediaman bukanlah jawatan yang diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemop lantai, mencuci tandas, mengemas rumah dan sebagainya.

Laporan berita mengenainya dipaparkan di laman web MalaysiaKini.com

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof berkata matlamat kerajaan antaranya untuk membantu masyarakat mendapatkan pembantu rumah orang tempatan selain menyediakan pekerjaan kepada golongan wanita seperti ibu tunggal.
"Kita tidak mahu lagi pembantu rumah terdiri daripada warga asing dengan jumlah bayaran yang dikenakan sangat tinggi, kadang kala pembantu rumah warga asing memberi khidmat yang tidak terjamin," katanya ketika merasmikan kursus pengurus kediaman siri pertama.

Muhammad Pehimi berkata kerajaan negeri telah memperuntuk sejumlah RM1 juta kepada Permodalan YPK Sdn Bhd, untuk menjayakan kursus kemahiran itu secara teori dan praktikal.  

Katanya dari peruntukan itu peserta juga disediakan dengan kemudahan pinjaman kenderaan, insuran, simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insuran, Socso dan unifom dengan gaji permulaan sebanyak RM900.

Beliau berkata antara syarat yang dikenakan kepada majikan yang ingin mendapatkan khidmat pengurus kediaman iaitu mereka hendaklah menandatangani satu perjanjian dengan Permodalan YPK Sdn Bhd selain bayaran pendahuluan selama tiga bulan.

Muhammad Pehimi berkata seramai 30 peserta bagi sesi pertama itu telah mengikuti kursus selama 14 hari dan selepas ini akan mengikuti latihan praktikal selama sebulan.

Katanya buat masa ini YPK akan melatih tenaga kerja pengurus kediaman untuk daerah Kuala Terengganu dahulu, sebelum ke daerah-daerah lain.

Di Terengganu terdapat lebih 23,000 ibu tunggal yang kebanyakannya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sementara itu, seorang peserta Haslinda Mohd Atik, 33, dari Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berkata beliau sangat teruja dengan program itu yang dapat membantu beliau mendapatkan pendapatan tetap selain pelbagai kemudahan.

- Bernama

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/287579

Pengurus kediaman sebagai pembantu rumah tempatan lebih kepada jawatan terdahulu yang sememangnya sedia maklum oleh semua orang. Mungkin panggilan terbaru ini akan mampu menarik minat lebih ramai orang bekerja dalam bidang ini. 

1 comment:

  1. siapa yang saya perlu hubungi utk pertanyaan ttg cara nak memohon pembantu rumah tempatan. Dan secepat mana boleh dpat mereka mula kerja dengan saya?

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.