Breaking

Tuesday

Ambil Pembantu Rumah Terus Dari Negara Sumber

Sepertimana yang kita sedia maklum semasa sesi pembentangan bajet 2018 yang lalu, kerajaan telah mengizinkan pembantu rumah diambil terus dari negara sumber

Walaubagaimanapun, saya tertarik dengan kenyataan bahawa pengambilan pembantu rumah mesti melalui agensi pembantu rumah di negara sumber. Jika dilihat dari sudut logistik sudah tentu akan ada masalah untuk majikan terbang ke negara sumber untuk berurusan dengan agensi yang berkenaan. Kos penerbangan dan penginapan disana juga perlu diambilkira oleh majikan. Komunikasi melalui internet atau telefon sememangnya antara pilihan yang ada tetapi bilamana melibatkan wang sudah tentu majikan lebih selesa bersemuka dengan pihak agensi di sana. Ini ditambah pula dengan masalah komunikasi antara agensi dan majikan berhubung pembantu rumah yang bermasalah dalam tempoh jaminan 3 bulan seperti lari dari majikan, ingin berhenti kerja, sakit dan tidak mahu bekerja (malas). Jarak antara majikan dan agensi merupakan antara masalah yang mungkin timbul. Apakah peluang majikan untuk mengheret agensi berkenaan di negara sumber sekiranya mereka gagal mematuhi perjanjian yang termeterai? "Perjanjian" di sini merujuk kepada jaminan 3 bulan yang biasanya diberikan oleh ejen.

Apapun, kita tunggu, lihat dan alami sendiri masalah-masalah yang mungkin timbul nanti. Mungkin dari masalah yang timbul itu nanti menjadikan kita dapat belajar kaedah terbaik mengambil pembantu rumah secara terus dari negara sumber.

Ambil Pembantu Rumah Terus Dari Negara Sumber

Petikan akhbar ....

Kos ambil pembantu rumah asing, RM1,635

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mulai 1 Januari depan, majikan hanya perlu bayar RM1,635 bagi pengambilan setiap pembantu rumah warga asing secara dalam talian.

Timbalan Perdana Menteri berkata, RM1,635 adalah kos pengambilan tetapi tidak termasuk belanja penerbangan, pasport dan kos lain yang berkaitan.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan turut mengurangkan kadar wang cagaran daripada RM1,000 kepada RM500, serta wang proses daripada RM500 kepada RM250 sahaja.

Jumlah itu, katanya, jauh lebih rendah berbanding yang perlu ditanggung majikan sebelum ini, hingga ada yang mencecah RM18,000 seorang.

"Majikan mendapat penjimatan hingga lebih 90 peratus melalui mekanisme pengambilan terbaharu itu yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif supaya pembayaran untuk pengambilan terus pembantu rumah asing dapat dikurangkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini, hari ini.


mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai pembantu rumah

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, mekanisme pengambilan itu dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan Bajet 2018.

Pengambilan pembantu rumah hanya boleh dibuat melalui syarikat berdaftar dengan Kementerian Buruh di Filipina dan Kementerian Ketenagakerjaan di Indonesia.

"Bagi menghormati perundangan dua negara iaitu Filipina dan Indonesia, kita tidak diizinkan untuk mengambil terus pembantu rumah kecuali melalui syarikat yang berdaftar dengan kementerian tenaga kerja atau buruh di negara berkenaan.

"Kita mematuhi perundangan itu dan diharapkan majikan akan memohon melalui syarikat di negara berkenaan atau boleh mendapatkan nama atau bakal pembantu rumah untuk dikemukakan permohonannya secara dalam talian mengikut sistem yang sudah ditetapkan," katanya.

Inisiatif baharu itu bukan sahaja memberi elemen 'feel good' kepada majikan, malah turut memberi jaminan hak dan perlindungan kepada pembantu rumah terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, mulai 1 Januari tahun depan juga pekerja asing perlu menjalani saringan kesihatan tambahan bagi memastikan kesahihan laporan kesihatan berkenaan.

Saringan itu akan dilaksanakan sebelum pekerja berlepas dari negara asal dan sebulan selepas tiba di Malaysia.

"Selain itu, pada akhir tahun pertama, akhir tahun kedua dan selang setiap dua tahun selagi pekerja asing terbabit bekerja di Malaysia.

"Ketika ini bilangan pekerja asing yang sah di negara ini sudah berkurangan kepada 1.785 juta hingga pada 30 November lalu berbanding 2.135 juta pada 2015," katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/363852/kos-ambil-pembantu-rumah-asing-rm1635

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.