Breaking

Wednesday

Proses Pembantu Rumah Tamat Kontrak

Ramai yang mungkin beranggapan proses pembantu rumah yang tamat kontrak berakhir setelah menghantar mereka ke terminal feri atau ke LCCT atau ke KLIA. Jika anda beranggapan sedemikian, maka, sangkaan anda adalah salah sama sekali. Surat memo periksa keluar sepertimana dibawah ini diperlukan untuk memastikan pembantu rumah telah keluar dari Malaysia iaitu tidak tinggal lebih masa dan anda pula tidak lagi direkodkan sebagai majikan kepada pembantu rumah tersebut. Anda kini bebas mengambil pembantu rumah yang baru. Untuk pengetahuan semua, kalau anda bukan seorang yang kaya sangat, anda hanya layak menggajikan seorang pembantu rumah pada satu-satu masa sahaja.



Setiap majikan kepada pembantu rumah yang akan tamat kontrak dinasihatkan untuk melakukan perkara yang berikut : 


  • sebaik-baiknya 3 bulan sebelum tamat kontrak, bertanya kepada pembantu rumah samaada mahu terus bekerja dengan majikan. Berikan seminggu untuk mereka berfikir. Jika mereka ingin terus bekerja, bermakna, mereka berhak pulang bercuti dan kemudiannya kembali ke Malaysia untuk terus bekerja dengan anda. Dalam contoh ini, mereka tidak mahu lagi bekerja dengan anda, maka, anda lakukan carian di internet untuk membeli tiket kapalterbang yang termurah. Minta maaf la ye, kalau feri, harga tiket adalah kekal. Kebiasaannya, harga tambang kapalterbang lebih murah jika dibeli lebih awal 2-3 bulan sebelum penerbangan.
  • bawa tiket bersama pasport ke pejabat Immigresen. Katakan kepada mereka bahawa anda ingin mendapatkan Memo Periksa Keluar. Anda tidak perlu perlu mengisi sebarang borang. Dalam masa 30 minit, anda akan diberikan surat memo periksa keluar sebanyak 2 salinan. Satu salinan buat simpanan anda manakala satu lagi salinan akan diambil oleh pegawai Immigresen di pintu keluar negara.
  • pada hari keberangkatan, pastikan anda mempunyai pasport pembantu rumah beserta dengan surat memo periksa keluar. Setibanya di lapangan terbang atau terminal feri, berikan pasport dan surat memo periksa keluar kepada pembantu rumah. Memo periksa keluar akan diambil oleh pegawai Immigresen, hanya pasport yang telah dicop "keluar" akan diberikan kepada pembantu rumah.
Sememangya suasana sedih tidak dapat dihindarkan pada ketika melambaikan tangan tanda perpisahan kepada pembantu rumah yang telah berkhidmat dengan baik. Walaupun adakalanya mereka dimarahi majikan tetapi anak-anak majikan amat rapat dengan mereka. Anak-anaklah yang akan menangis diatas pemergian bibik mereka. "Selamat jalan bibik..."

Sebenarnya ramai majikan yang ingin menyambung kontrak kerja pembantu rumah tetapi ramai pula pembantu rumah yang tidak mahu. Dari pemerhatian saya, mereka mempunyai sasaran wang yang diinginkan dalam tempoh 2 tahun. Pembantu rumah saya yang pertama ingin membayar yuran pelajaran anak. Pembantu rumah yang kedua pula ingin membayar hutang orang kampong kerana membantu beliau membayar bil hospital anaknya yang jatuh ke dalam perigi. Yang ketiga lari setelah bekerja 19 hari. Pembantu rumah yang keempat pula ingin membesarkan rumah. Yang ke-5 tidak mahu bekerja setelah bekerja 2 hari. Yang ke-6 berhasrat ingin membaiki rumah. Sudah tamat 2 tahun dan kini menyambung 1 tahun kontrak kerja. Rasa lega bila beliau ingin menyambung kontrak.

Untuk mengambil pembantu rumah yang baru, bukannya senang, akan hangus lagi RM8,000 ke ejen. Perrgghh... amat memeritkan. Tapi tahukah anda bahawa ada jalan untuk menjimatkan kos. Cuba semak perkongsiannya di halaman Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

75 comments:

  1. Mohon bantuan dan pendapat bagaimana proses dan kos pertukaran pembantu rumah. Saya telah ditawarkan maid oleh rakan yang ingin menghantar pulang maid kerana beliau(majikan) hendak berhenti kerja. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Mohon bantuan dan pendapat bagaimana proses jika pembantu rumah sudah pulang sebelum / tanpa "Permohonan Memo Periksa Keluar"? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pasti tuan mesti pergi ke pejabat immigresen utk mematikan daftar tuan sebagai majikan. Nanti jika tuan ingin mengambil maid yg baru, akan ada masalah.

      Delete
  3. Mohon tanya berapa kos bayaran imigresen untuk tamatkan permit dan lain2 kos berkenaan tamatnya kontrak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak silap saya JIKA MAID TIDAK LARI, MAKA TIADA KOS KEPADA MAJIKAN.

      PROSIDUR PENAMATAN PAS LAWATAN(KERJA SEMENTARA BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

      1. Majikan perlu hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan Memo Periksa Keluar (Check-Out Memo) iaitu dokumen yang diperlukan sebagai permohonan keberangkatan pulang PRA ke negara asal di atas seperti :
      i. Majikan tidak lagi memerlukan khidmat PRA; atau
      ii. PRA tidak mahu lagi bekerja dengan majikan kerana hendak balik ke negara asal; atau
      iii. PRA gagal pemeriksaan kesihatan (unfit)
      2. Dokumen yang diperlukan untuk proses penghantaran pulang PRA ke negara asal :
      i. Borang permohonan Memo Periksa Keluar
      ii. Salinan Pasport PRA
      iii. Tiket pulang ke negara asal.
      3. Majikan hendaklah memastikan PRA pulang pada tarikh yang ditetapkan dalam Memo Periksa Keluar (Check-Out Memo) melalui Pintu Keluar yang dipohon.
      4. Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, PRA tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap PRA berkenaan.

      Delete
  4. Nak tanya lagi Naja, tarikh untuk beli tiket hantar pulang adakah 2 minggu sebelum tamat kontrak pembantu rumah.. terima kasih Naja

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu sudah lebih dari memadai. Memo periksa keluar akan dikeluarkan pada hari yang sama anda memohon. Itu dulu waktu saya buatlah. Sekarang tak tau pula jika ada prosidur baru. Elok buat awal. Jgn lupa bawa tiket tu sekali sebab immigresen nak tengok. Kemudian memo tu bagi kat maid. nanti immigresen akan ambil masa dia exit malaysia.

      Delete
  5. yang terbaru - memo periksa keluar masih lagi dikeluarkan pada hari yang sama. saya berurusan dgn immigresen utk COM pada minggu lepas

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya permit maid tamat pada 11/9/2015, beli tiket kapal terbang tarikh 7/9/2015, so bile kene buat permohonan ke imigresen?setahu sy dia kena 1 bulan dari tarikh tiket kapal terbang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan sebelum 7/9/2015 mesti pergi ke immigresen utk buat COM.

      Delete
  7. hi nak tanya kalau maid i tamat kontrak may 2016 tapi dia nak balik awal feb 2016 so bila i perlu imegresen buat COM? ticket sudah beli dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat COM in Jan2016. Siap itu jam jugak.

      Delete
    2. jgn lupa bawak passport dan tiket

      Delete
  8. Utk kes saya maid tak mahu kerja. Tapi tak mahu juga pulang ke indon. Kalu saya buat com dan bawa tiket utk pulang tetapi maid tidak pulang pada tarikh tiket. Adakah akan timbul masalah apabila saya nak amik maid lain dikemudian hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) bawa maid ke kbri dan biar kbri uruskan
      atau
      2) beli tiket dan mohon COM. bawa maid ke pintu keluar negara dan serah pada immigresen utk uruskan.

      bila dah buat COM bermakna nama majikan sudah dibatalkan sbg majikan kpd maid tersebut.

      Delete
  9. Apa persyaratan untuk perpanjangan passport?maid dah 5 tahun kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tiada syarat tuan. ktkln pun dah dimansuhkan jadi tiadala sbrg isu disitu

      Delete
  10. Macam mana ya kalau maid belum tamat kontrak tapi nak kawin dengan orang tempatan?terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari laman web Immigresen Malaysia
      4. Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi PRA semasa memegang PL(KS). :
      i. PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS).

      Komen saya :
      rasanya boleh bincang dgn immigresen. asalkan majikan, maid bersetuju, rasanya Immigresen boleh bertolak-ansur.

      Delete
  11. Maid dah nak tamat kontrak,tak nak samb kerja sebagai pembantu rumah,tetapi tak nak juga pulang ke indon..ada info dr naja kata once dah buat COM tu nama majikan dah dibatalkan sbg majikan..tp info dr kwn kata kena pastikan maid bg com ke peg. Imigresen pintu keluar barulah nama kita dibatalkan sbg majikan maid tersebut..bleh komen lanjut tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. COM satu salinan diberi kpd immigresen di pintu keluar negara. Kalau degil sgt saya cadangkan pegang rm300 duit maid (kalau tak silap itu amaun denda kes maid lari). Kalau dia lari buat repot polis. bila sampai airport berikan duit tu bila dia nak melepasi pemeriksaan pegawai keselamatan MAB.

      Delete
  12. Maid dah akan tamat tempoh kontrak 2thn pada April 2016. Permit pada tahun 1, didapati palsu ketika nak renew thn ke2. Sehingga kini masih xdpt permit & tempoh kontrak dah nak hbs. Mcm mana nak hantar maid balik, passport sume dgn ejen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya kurang arif tentang perkara ini. Tapi jika saya berada di pihak tuan, saya akan bawa maid ke kbri untuk selesaikan kes ni. Mungkin kbri akan minta buat repot polis berkenaan ketiadaan paspot.

      kalau tuan dpt menyelesaikan masalah ini bolehkah tuan kongsikan pengalaman tuan di sini.

      Delete
  13. intan jailani3/14/16, 1:53 PM

    Kalau permit tamat 9 Jun 2016, ada masalah tak sekiranya saya beli tiket penerbangan pulang bertarikh yang sama? COM saya akan buat dua minggu sebelum tarihk tersebut.
    TQ - intan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah selagi bukan selepas tamat permit

      Delete
  14. Maid akan tamat tempoh kontrak pada Oktober 2016. Tetapi permit kerja tamat pada Julai 2016. Pasport pula tamat pada Disember 2018. Boleh saya hantar maid pulang pada Oktober 2016 tanpa memperbaharui permit kerja yang akan tamat pada Julai 2016 kerana pasport masih sah sehingga Disember 2018?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dan tak boleh. boleh kena bayaran denda overstay dan tak pasti pula jika majikan turut didenda.

      Delete
  15. Salam tuan, macamana kalau dah ade maid selama setahun 3 bulan, tapi permit kerja tak siap2 lagi walaupun untuk tahun pertama? Ejen saya yang tolong apply utk pemit tu, tapi asyik kata permit tak siap2 lagi daripada putrajaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehmmm....kalau dah lama sgt tu kira terkena la. Cuba dptkan balik duit dari ejen. Harap2 ejen dapat berusaha untuk pulangkan duit.

      Delete
  16. Ada sorang maid ni ade passport tp takde visa. Macam mana Maid nak balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi immigration dan bincang. Bayar la denda.

      Delete
  17. assalam.. setelah majikan matikan permit, maid harus pulang ke negara asal. macamana jika masih menggunakan pasport yang sama maid masuk semula ke msia? adakah boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori, terlepas pandang soalan ini. Permit dan passport adalah 2 perkara yang berbeza. Permit yang dimatikan adalah untuk melepaskan tanggungjawab anda sebagai majikan. Manakala pada ketika permit dimatikan, passport masih valid sehingga tamat tempohnya. Maid boleh masuk semula pada bila-bila masa menggunakan passport yang sama dan dikategorikan sebagai pelancong.

      Delete
    2. Sorry nak tanye yg pasal ni, kalau permit maid dah matikan dan dah buat check out memo juge balik ke Indonesia trs maid masuk balik ada majikan baru yg nak jamin buatkan permit cam mna ye ??? Tunggu lepas 3 bulan dulu ke di negara asal maid baru dapat masuk Malaysia lagi untuk kerja di majikan yg baru?

      Delete
  18. Maid saya dr indonesia...ade pasport tp ade halangan nk buat permit sbb majoksn lama x buat check out memo...smpi skrg tak ade permit. Berhasrat nk pulang bln depan. Harap boleh share experiences prosedur berurusan dgn imegresen dan brp jumlah penalty tg kena byr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes pelik ni. Kalau check out memo tak buat bermakna maid mungkin ada hasrat nak tinggal di malaysia selepas tempoh kontrak tamat dgn majikan lama. kalau kes mcmni kiranya maid dianggap lari dari majikan lama.
      Cuba puan surf majalah.com kerana saya ada perasan individu yg boleh membantu.

      Delete
  19. Hi, untuk memasukkan pembantu rumah ke malaysia, berapa lama tempoh masa yg diperlukan untuk mengeluarkan VDR dari hari permohonan disubmit ke imgresen?

    ReplyDelete
  20. Hi, untuk memasukkan pembantu rumah ke malaysia, berapa lama tempoh masa yg diperlukan untuk mengeluarkan VDR dari hari permohonan disubmit ke imgresen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan dinasihatkan mendapatkan penjelasan dari pihak immigration. Kalau tak silap saya lebih kurang 1 bulan mengikut pengalaman lalu. Kerana dulu dalam tempoh 2 bulan, saya dpt maid. Skrg ni kena confirm dgn immigration. Maaf kerana tak dpt bantu untuk info terkini berkaitan perkara ini.

      Delete
  21. Mohon bertanya.. Bagaimana jika pembantu rumah saya yg akan tamat tempoh kerja pd bulan 9/2016 ini masih mahu berkerja tetapi kami tidak mahu lg sambung permitnya krn anak2 sudah besar.
    Maid saya ni berhasrat ingin bekerja dgn jiran saya pula. Bagaimana prosedur yg sepatutnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sekarang mahu ditukarkan majikan RASANYA puan boleh ke immigration utk buat pertukaran majikan. Mungkin ada syarat baki tempoh kontrak yang tertentu yg membolehkan pertukaran majikan dibenarkan.
      Jika selepas 9/2016, itu dah kira permohonan baru.
      Saya rasa jika puan nak guna maid sehingga 9/2016, buat renewal utk setahun, selepas sebulan ke (10/2016), pergi ke immigration utk buat pertukaran majikan. Jadi tak kenalah proses permohonan baru. Lagipun permohonan baru agak sukar mendapat kelulusan.
      SEkiranya pertukaran majikan berjaya, puan boleh kenakan caj kpd majikan baru kerana puan telah mengeluarkan sejumlah wang banyak sewaktu mengambil maid tersebut. Untuk ambil maid baru pun memerlukan kos 15K jika ambil dari sykt agensi.

      Delete
  22. Maid permit expired bulan 11/2016 ,dah 4 tahun bekerja, tak nak balik,nak tetap bekerja ,tp passport maid expired tahun depan bulan 2/2017.
    Saya nak Tanya macam mana cara nak sambung passport maid,insurance tak pernah beli..
    Tolong bagi penerang..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara logiknya kalau nak sambung permit kena la sambung passport dulu. Pergi ke kedutaan kbri di kl dan sambung passport. kena buat dokumentasi kontrak kerja dan sebagainya di situ.

      Delete
    2. Terima kasih byk, hr ni pi kbri tp ttp sbb indonesia merdeka, insurance i dah beli dua tempat, indon n Malaysia rm 180,suruh datang esok awal pagi dlm pkl 7am,.

      Delete
  23. Mohon pencerahan..maid permit expired bulan 2/2017 dah 5 tahun kerja..then dlm bulan puasa maid balik ke indonesia utk bercuti dalam tempoh 2 minggu..tp ada masalah keluarga di sana dan mohon sambung cuti selama 1 bulan lg..persoalannya jika lepas 1 bulan tersebut maid tak dpt dihubungi dan enggan pulang ke malaysia..apa perlu majikan buat..adakah boleh terus ke imigresen dan apply com atau kena buat laporan polis juga..
    Terima kasih atas pandangan yg arif..

    ReplyDelete
  24. Maid permit expired bulan 11/2016 ,dah 4 tahun bekerja, tak nak balik,nak tetap bekerja ,tp passport maid expired tahun depan bulan 2/2017.
    Dikarenakan sibuk saya pun dah terlupa passport dah nak expire,,nak renew passport maid dlm bulan 8/2016 sempat lagi ke? insurance thn ke-4 terlupa beli..nak beli masa nk renew tu pun boleh lagi kan?
    Tolong bagi penerangan..terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  25. salam .maid dah kerja 13thn dan dye nak kawin dengan orang tempatan ..18 ogus 2017 tamat tempoh kerja dye nak balik indon 2minggu dengan calon suami dye warga tempatan .saya nak tanya kena ke majikan apply COM .

    ReplyDelete
  26. Salam.. Kalau kontrak kerja 1 tahun dah tamat, tapi maid tetap nak kerja,saya kena renew kan permit, dan kontrak kerja kena renew juga ke?
    Saya tak paham, mohon naja terangkan, terima kasih naja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh...dah tak ingat la. Rasanya kena. Tapi kontrak tu senang prosesnya. Isi borang dan matikan setem rm10 satu salinan.

      Seingat saya bila maid saya sambung tahun ke-3, saya renew via myeg, tak payah fomema, tak payah kontrak. Naja

      Delete
    2. Jadi kalau dah tahun ke-5 tak payah lah isi kontrak lagi ye? Sbb renew passport perlu isi kontrak, I buat kontrak baru 1 tahun je ..
      Terima kasih naja.

      Delete
    3. Sorry @anonymous. Ni yg payah nak refer bila semua pakat guna identiti anonymous. hahaha...
      Sorry sekali lagi. Dlm komen saya sebelum ini saya kata tahun ke-3 saya renew via myeg. Silap tu. Sebenarnya pada tahun ke-3 saya renew di kaunter immigration putrajaya. kene buat kontrak 1 tahun.

      Tahun ke-4 baru saya renew via myeg. mmg tak kena buat kontrak sebab dgn myeg semua online so mcmmana nak submit kontrak, ye tak?

      Delete
  27. Bolehkah balik tanpa buat cek out memo??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau balik tanpa com itu dikira pulang bercuti.

      Delete
  28. permit maid tamat pada 3/10/2016, tapi sudah balik ke kampong terus pada 10/9/2016. Bolehkah proses COM dibuat tanpa kehadiran maid tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, saya tiada info berkenaan hal ini. saya percaya boleh kerana rekod keluar di sistem immigration telah ada. COM ini pada saya lebih kepada membatalkan tuan sebagai majikan beliau. kita bimbang jika sebelum 3/10/2016 maid dtg ke Malaysia dan bekerja di tempat lain. Tuan masih lagi dipertanggungjawabkan kerana rekod masih lagi menunjukkan tuan sebagai majikan. Pergila ke immigration untuk keterangan lanjut.

      Delete
  29. Permit maid tamat 12/3/17.bagaimana jika maid x mahu balik.ingin terus bekerja di malaysia.perlukan saya buat cek out memo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belikan aje tiket pulang dan buat com. Itu tanggungjawab majikan. Jika dia tak mau balik dan bekerja pula di tempat lain, majikan dipertanggungjawabkan utk sebarang masalah yg berbangkit.

      Delete
  30. Permit maid tamat 12/3/17.bagaimana jika maid x mahu balik.ingin terus bekerja di malaysia.perlukan saya buat cek out memo?

    ReplyDelete
  31. Assalam maaf bertanya klu permit mati 12 Ogos tp saya beli tiket akhir august pasal tarikh itu je ada tiket murah lulus ke nak mintak COM nanti atau kalau kene denda ke? klu kene denda berapa banyak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. COM tak lulus. mesti beli tiket sblm permit tamat. Hanya atas budibicara immigresen shj lanjutan permit boleh diperolehi melalui special pas tetapi kos denda mungkin agak tinggi.

      Delete
  32. Salam, tumpang bertanya. sy ambil maid bekerja dgn sy sudah hampir 6 bulan. dia dtg hanya dgn passport, sy tidak buat permit utk dia. apakah prosedurnya sekiranya dia mahu pulang sekejap & datang balik? memandangkan passport telah tamat tempoh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika passport dah tamat tempoh, kena lah berurusan dgn IMAN utk pulang ke indon tapi tak boleh masuk msia dlm masa 5 tahun.

      Delete
  33. Salam , sy nak tnya nie sy seorg warganegara dan sy sudah nikah dgn warga india di johor malaysia suami sy dtg Malaysia dgn entry multiply visa 1year stay in malaysia 30days only lpstu sudah overstay in malaysia 2hari sy pergi imigresen johor bahagian penguatkuasan then pihat pegawai bagi memo periksa keluar dgn special pass 14hari sahaja sekarang keluar ke negara asal india then boleh tak patah balik masuk ke malaysia dalam 3 hari dgn entry mulitply visa sama

    ReplyDelete
  34. Salam , sy nak tnya nie sy seorg warganegara dan sy sudah nikah dgn warga india di johor malaysia suami sy dtg Malaysia dgn entry multiply visa 1year stay in malaysia 30days only lpstu sudah overstay in malaysia 2hari sy pergi imigresen johor bahagian penguatkuasan then pihat pegawai bagi memo periksa keluar dgn special pass 14hari sahaja sekarang keluar ke negara asal india then boleh tak patah balik masuk ke malaysia dalam 3 hari dgn entry mulitply visa sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lihat di sini berkaitan multiple entry visa => https://isupembanturumah.blogspot.my/2017/07/jenis-jenis-visa.html

      So, apa yang saya faham melalui laman web imigresen ialah suami puan boleh kembali ke Malaysia selepas tempoh singkat itu. Cuba keluar ke Singapura dan masuk balik selepas 24 jam. Syarat lain sewaktu masuk kena dipatuhi spt tiket pergi balik.

      Delete
  35. salam.saya Ada maid visa tamat Bulan 3 tahun depan..maid ingin balik bercuti pada Bulan 9 Tahun ini..
    adakah maid saya nanti ada masalah untuk kembali ke Malaysia?adakah terdapat akta Di Indonesia Yang menyatakan terdapat minimum (baki berapa Bulan) untuk visa tersebut untuk kembali ke Malaysia?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan. saya takde info tentang ini. Elakkan baki kurang dari 6 bulan.

      Delete
  36. As Salam, maid saya minta cuti selama sebulan untuk pulang ke Indonesia dan saya telah mengizinkannya tetapi maid tersebut sehingga sekarang tidak pulang lagi ke rumah tanpa memberitahu apa2 kepada saya dan suami. Apa yang patut saya buat. Permit dan Passport telah tamat tempoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Buat polis repot - nyatakan bila maid balik ke indon. Slps itu hadir ke imigresen utk buat pembatalan permit. Memang betul permit telah tamat dan passport telah tamat tapi rekod imigresen menunjukkan anda adalah majikannya. Dari segi logik, maid mungkin telah masuk malaysia sebelum permit dan passport tamat dan kini masih bekerja dengan anda memegang status PATI. Utk pastikan yang anda tidak lagi disabitkan dengan sebarang kes melibatkan maid tersebut, anda mesti berhubung dgn imigresen untuk melakukan pembatalan diri anda sebagai majikan. Jgn bertangguh. Harap info ini membantu.

      Delete
  37. Saya mau nanya kk
    Saya punya permit mati tgl 8.12.2017
    Saya balik kampung tgl 17.8.2017
    Saya tak buat memo waktu itu..
    Saya punya permit uda ke 10
    Apa saya bisa masuk malaysia lagi..????

    ReplyDelete
  38. Hi.just wanna ask if pasport was chopped COM and go back to country of origin. Can she still come back Malaysia anytym and work again? Is she not banned for 5yrs before entering Malaysia. Thnx for the reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. if not banned, sure she can come again and work in malaysia

      Delete
  39. Mohon pencerahan,maid sy nk tamatkan permit nya,nak balik kampung ,tarikh tamat 28 March 2021, kalau nk balik 24 March 2021 boleh kah .apakah sy harus belikan tiket dulu baru ke immigration??adakah di kenakan bayaran! terimakasih ats infonya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosidur terkini saya tidak pasti. Tetapi mengikut prosidur sebelum2 ni, kena buat check out memo di immigration. perlu sertakan tiket pulang. Tiada bayaran dikenakan oleh pihak immigresen. Pulang lebih awal dibenarkan.

      Delete
  40. kalau majikan tak buat COM majikan kena denda ke?

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.