Breaking

Tuesday

Kos Pembantu Rumah

Tahukah anda akan kos sehari pembantu rumah? Ramai yang mengatakan kos pembantu rumah itu tinggi, sebenarnya sangkaan itu adalah salah!

Kenapa?

Sebab tidaklah mahal jika anda mempunyai 6 orang anak yang masih kecil.

Tanya pula berapa kos pusat asuhan untuk 6 orang anak yang masih kecil?

RM300 seorang? RM250 seorang? RM200 seorang? Ataupun bawah RM200?

Bagaimana pula jika saya bangkitkan tentang kerja-kerja rumah yang perlu anda lakukan sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah.

Bagaimana pula jika saya bangkitkan tentang perasaan tidak tenteram tersangkut dalam kesesakan lalulintas atau berteduh dibawah fly-over ketika hujan?

Bagaimana pula keadaannya waktu pagi sebelum pergi ke pejabat. Keadaan anda ok saja? Atau kelam-kabut + huru-hara mengatur jadual angkut-mengangkut anak ke taska?

"Alamak...tak sempat ni nak ambik anak kat taska...kena caj OT lagiiii"

Saya dah rasa semua itu dan kerana itulah saya masih terus ambil pembantu rumah walaupun terpaksa meletakkan risiko membenarkan warganegara asing menjaga anak-anak saya. Bacalah dalam posting saya yang terdahulu berkenaan tips memantau pembantu rumah. Berikut adalah pecahan terperinci mengenai kos pembantu rumah.


kos pembantu rumah
Kos Pembantu Rumah


Ramai yang beranggapan kos pembantu rumah adalah tinggi. Sebenarnya jika dihitung secara terperinci akan kos purata sebulan sebanyak RM1190.42 adalah lebih kurang sama dengan kos yang dikeluarkan untuk membayar kos taska untuk mereka yang mempunyai 6 orang anak yang masih kecil.

Begini andaian saya :
Kos purata seorang anak di taska = RM200
Kos 6 orang anak = RM1,200

Itu tidak termasuk jika anda mengambil pekerja harian untuk membersihkan rumah anda. Berapa kosnya? Pada waktu ini, kosnya sekitar RM80 sehari.

Jadi 4 minggu = RM80 x 4 = RM320

Campur kos taska RM1,200 = ?

RM1,200 + RM320 = RM1,520 sebulan

So, bagaimana?  RM1,520 berbanding RM1190.42

Sememangnya kos pembantu rumah nampak membebankan kerana sejumlah wang yang besar perlu dikeluarkan pada peringkat awal pengambilan pembantu rumah. Kos tersebut akhirnya secara perlahan akan teragih dengan berbaloi selaras dengan tempoh perkhidmatan pembantu rumah. 

Jika maid menyambung kontrak untuk tahun ke-3 dan ke-4, lagi akan terasa penjimatannya kerana anda hanya perlu renew permit dan FOMEMA sahaja.

Apa-apapun pilihan terletak di tangan anda sendiri. Masing-masing punya pandangan yang berbeza. Saya cuma meletakkan maklumat ini berdasarkan fakta matematik dikimiakan dengan logik akal yang terbit dari pemerhatian saya.

Harap maklumat ini membantu anda untuk membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.