Breaking

Monday

Komplot Ejen Dan Pembantu Rumah

Terbaca satu komen di laman web majalah.com berkenaan komplot ejen dan pembantu rumah. Memang pening dibuatnya kalau dapat maid berperangai macam ni. Pihak ejen pun memang dah rancang dari awal skrip jawapan jika majikan mengajukan soalan. Akhirnya nanti majikan juga yang menerima kesannya. Teks dibawah ni, saya salin bulat-bulat untuk menjaga keasliannya. Terima kasih kepada saudari Erine Eline yang sudi berkongsi pengalaman. Semoga menjadi pengajaran buat semua bakal-bakal majikan diluar sana.


pening handle perangai maid
Pening arrr... perangai maid camni
thanks a lot kpd kwn2 yg reply ..to Aida 168 n Seng Soo Geh, maid sy ni sbnrnya bkn nk keje sgt sbg pembantu rumah..dia dtg m'sia sb patah hati dgn suaminya yg main kayu 3..bila dia masuk m'sia egen yg bw dia xnk bela dia sb kononnya maid sy ni nk ubat hati dia yg luka jer...then bw diri la ke m'sia...tup tup egen tu mayb tabur janji yg manis pd dia mengatakn org m'sia baik2 blh jg dia n wat keje rumah skit dpt gaji then bila2 ms dia blh blk tanpa bgtau yg dia kena kerja sbg pembantu rumah ikut kontrak selama 2 thn.so majikan yg baik tu adalah saya (terkena). maid sy ni bkn org susah dia ada harta di tpt dia n byk duit tp ejen suh dia menipu bila kita tanya katanya mmg dia org susah tp bila disuruh buat kerja mcm2 alasan bg sakit kaki xleh naik tangga sb rumah 2 tingkat la..xreti berkebun la xbiasa jg budak kecil la...mcm2 alasan dia bg...mula2 kerja dh buat hal mcm2 bila sy kontek blk ejen tu minta ganti yg br (dlm ms 3bln) ejen menyepi diri seolh2 xnk ambil tahu...nk taknk sy yg mkn hati utk jg org yg terluka dek kerna masalah rumahtangga dia..skrg ni dia sibuk nk balik sb laki dia dh pujuk suh balik...bkn ke sy yg susah...slama 1thn sy sabar jer dgn kerenah dia...spy dia xbuat hal n apa2 kat ank2 sy...skrg sy dh xtahan hinggakn dia dh berani bw org luar masuk rumah sy (dpt tangkap) ketika sy n suami pergi kerja.itu yg sy nk terminate jer dia w/pun xcukup tempoh habis kontrak dia.dia punxtau yg dia kena kerja slama 2thn br leh pulang.itu sb sy xnk bg kat majikan lain nnti yg akn mkn hati spt yg sy alami...itu la...ceritanya...
_____________________________________________
Menarikkan cerita di atas. Sebenarnya saya juga mempunyai seorang kawan yang pernah mempunyai maid, di mana keluarga maid tersebut di Indonesia mempunyai maid. Dia ke Singapura menjadi maid kerana merajuk dengan keluarganya. Kawan saya mula perasan apabila maid beliau tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.

Berbalik kepada cerita di majalah.com di atas, kesimpulannya jangan terlalu cepat nak sambung ambil maid yang dah kena reject dari majikan terdahulu. Kita tidak tahu jika adanya agenda komplot ejen dan pembantu rumah di sebalik senyumah manis mereka. Kalau tuan ada kesempatan menghubungi majikan terdahulu, memang itu langkah terbaik. Tapi ada ke ejen yang nak beri nombor telefon majikan terdahulu? Rasanya tak mungkin sebab mereka tak mahu komen negatif dari majikan terdahulu akan mengganggu keputusan tuan untuk mengambil maid tersebut. Betul tak?

Ada juga majikan yang ingin menjimatkan kos dengan mengambil maid tanpa permit. Banyak risikonya jika mempunyai maid tanpa permit yang sah. Apakah kelebihan dan keburukan mengambil pembantu rumah yang tiada permit?

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.